Kedai Makan Faiz Bistro

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah sebab diberi nikmat untuk mencari pengalaman bekerja sebagai pembantu di kedai makan .Walaupun bekerja selama 7 minggu dekat dalam sebulan pengalaman yang diperoleh sangat memberi kepada saya. Dari dulu memang tak terfikir pun nak bekerja di kedai makan, last-last dapat rezeki kerja so kerja jelah, sementara cuti ni, dapat cari pengalaman dapat cari duit. Perghh bila part dapat gaji tu seronoknya hai dapat simpan + kumpul. Biasalah orang kerja kedai makan gaji tak delah seberapa sangat tapi Alhamdulillah berbaloilah jugak bila kita dah gunakan masa dan tenaga kita yer dak.


 Cerita dia macamgini mula-mula dah dapat kerja kat satu restoran tu,dia dah suruh datang dah,then tak lama kemudian dia call cakap tak jadi nak amek pekerja pulak sebab ape sebab dah ada orang baru masuk lelaki katenya, so ape lagi bengang lah time tu. Sebelum ni dah tahu kat tempat kedai makan FaizBistro  ni perlukan pekerja tapi time tu buat derk jelah, sebab dah tahu dapat kerja kat restoran tukan ,tapi last-last daripada dok nganggur baik kerja kat kedai makan balik dari jumpa cikgu terus gi rumah mak ngah Tanya pasal kerja kosong kat kedai makan tu. Makngah suruh jumpa makcik Kiah, jumpa lahjugaj makcik kiah Tanya ade kerja kosong ke kat tempat dia kerja tu? Dia jawab ada kenapa nak mintak keja ke?? Sy jawablah a’ah nak kerja bagi no talefon tak lama dia cakap dah boleh start kerja hari ahad.

Masa mula-mula datang tu memang tak tahu kedai makan tu, ade lalu je kot sebelumni, datang-datangje cakap pekerja baru then terus potong sayur, time tu tengok-tengok jugak mana toke?? Rupanya abg faiz toke dia , dia pagi lepas belanja terus tidur pastu baru masuk kedai dalam kol 10 gitulah, ada 5 orang pekerja termasuk sylah semua lingkungan makcik tapi panggil akak.haahha lawakkan. Time tu senyap dan senyum je. Ada kak baiti dia mengandung time tut u yang caripekerja baru tu, dialah tolong ajarkan cara potong sayur semua untuk dimasak dan dijadikan makanan tengah hari. Banyak, first tempe, tempe tu dalam berapa puluh ntah, yang pasti 16 keping asingkan untuk goreng,selebihnya potong kecik-kecik untuk dibuat sambal goreng. Second kacang panjang,kangkong  penting, petola, peria, lobak, labu, bayam, sawi putih, daun sup, daun kucai, bawang 1 guni, kentang setengah guni, halia + kunyit 1 plastik merah yang kecik. Ni semua bahan-bahan yang untuk dimasaklah, dah setel semua sekali baru buat bahan untuk air asam ikan bakar. Amek limau yang besar-besar yang oren kekuningan belah dan perah. Dah buat air limau amek cili padi  1 mangkuk sup yang biru tu gunting lada tu kecik-kecik. Agak pijao lah jugak, lepastu amek bawang dalam beberapa bijik hirislah bawang tu. Herm banyak tau kerja pagi tu.
Lepas dah siap semua yang nak kene buat pagi tu barulah boleh sarapan, nak tahu tak ada sarapan ape? Banyak lah jugak, yang special mee rebus dengan soto, yang biasa ada nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, mee hoon goreng, selalunya sy amek nasi lemak , kadang campur ayam, amek nasi goreng campur telur puyuh, amek mee hoon goreng campur telur . kalau mee rebus mesti campur kaki sup. Hermmm sedapppp.. !!!!



Bila dah sampai waktu tengah hari je orang dah mula datang macam kene serbu je tahu tak, so kerja sy bagi nasi kat doranglah dan Tanya nak air ape. Kalau sorang2 bolehlah ingat nak air apa, tapi kalau dah ramai sangat amek kertas tulislah jawabnya.bila waktu tu je kan macam best je macam tertunggu-tunggu je orang yang sama datang, dah lama sikit ade perasan yang orang ni selalu makan kat kedai ni, nak ngorat seganlah pulok, dah lah handsome, control cun jelah time tu hahhah. Tapi serius pelanggan ada yang  handsom,cantik,tinggi,rendah,comel dan macam-macam lagi, kadang terpikat juga dengan gaya dan pemakaian dorang bukan calang-calang orang pun ada tapi kebanyakannya pekerja sektor kerajaan je, sebab tulah cuti pun ikut kerajaan jumaat dan sabtu, haa untung tak kerja situ dua hari cuti wok. Bila cuti dapatlah rest badan dengan baca novel, pernah seminggu dok rumak makngah temankan dia sebab pakngah pergi kursus so pergi kerja dah dekatlah, save minyak hahah. Kat rumah makngah berdua jelah, kerja online je,tapi malam dah letih sangat tidur jelah,. Balik semula pada waktu tengah hari, ada sorang doktor ni tengok gaya macam doktor, tinggi dan handsome sy tanya nak air ape, tapi sy jawab nak air suam, dia ni pun ngangguk je lah,hihi. Dah sekarang tak dapat jumpa lagi dah,. Ada abang sorang tu tengah practical kot, selalu makan ikan bakar, tengok nasi kat pinggan dia sentiasa licin, pernah sekali dia ade order limau ais, dah siap makan baru dia mintak air, rupa-rupanya sy lupa nak buat dan hantar, kesian dia.hehh, tapi tak pelah bila-bila boleh jumpa lagi, ada akak 3 orang ni cikgu kot under u mana ntah suka makan kat kedai tapi sekarang dah bungkus, Nampak muka dia je dah siap-siap bungkuskan nasi dia.cantik jugaklah akk-akk ni, herm bestnya .. bukan akk ni je yang bungkus ade abg ni pun sama mesti nak nasi separuh 2 bungkus. Bila dah lama kerja dah kenal orang yang sama kita dah tahu dah citarasa dia dengan kesukaan dia, cehhh merepek.,hahaha


Bila dah hantar air tengok atas meja ada banyak pinggan angkatlah bawak ke belakang, kadang tolong jugak basuh-basuh pinggan ni.

korang nak tengok lauk yang ada kat kedai, lauk-lauk nilah yang dirindui sebab masa kerja nak makan makanan ape makan je ape-ape tapi agak-agaklah kan, sedapnyaa makanan terutama sekali ikan bakar tu.

sarapan
lauk makan tengah hari
lauk lagi, 

tempat ikan bakar di bakar
ikan bakar, caru,keli,pari,kembong

air asam ikan bakar, memang the best

apapapon, memang timba pengalamanlah kerja situ, best memang best sebab dapat jumpa dengan ramai orang yang berkerjaya, dokter,nurse,cikgu,dan ramai lagi.terima kasih abang faiz dan keluarga. tak lama lagi abang faiz nak jadi papa, akk nurul nanti mesti dapat baby muka sama macam dia comel sangat. semoga kita bertemu lagi





No comments:

Post a Comment

 

© Intan Z 2012-2013