Alhamdulillah berjaya dapat lesen kereta.


driving test >< B3


Setiap insan mempunyai harapan. Bahkan harapan adalah salah satu naluri atau perasaan yang tertanam di dalam diri kita yang bergelar insan. Harapan menumbuhkan tekad dan usaha,manakala putus harapan mengundang kekecewaan,duka dan nestapa.
Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan rezeki yang telah ALLAH berikan kepadaku.


yes !! syukur Alhamdulillah akhirnya berjaya lulus ujian memandu kereta. bukan senang nak lulus ujian ni banyak ujian dan cabarannya, first nak kene pergi dengar ceramah dan taklimat then practical memandu, serius time tu first time memandu mane pernah nak bawak kereta waja ayah tu, selalu duduk je haa sekarang dah boleh bawak lah kan heheh. tunggu stabil dululah tak menyempat pulak hehhe . dia banyak step first bukit, bukit nak kene berhenti sama baris dengan tiang then tayar kene masuk dalam petak,lepastu tekan minyak tekan class turunkan handbreak. kalau lepas tu dapatlah buat parking dengan 3 penjuru, masa test Ya Allah takut je time part kat bukit, parking dengan penjuru ok steady je bawak, tapi ok lah lepas bahagian tu then nak ke bahagian kedua pulak jalanraya, selalu lepas balik kerja hampir setiap harilah datang buat latihan memandu, tak rugi masa lah sebab akhirnya berjaya jugak kan, bersabar dengan cahaya matahari dengan tunggu turn nak bawaknya kan lama tu sejak 17.12 birthday 20.12 daftar then 5.3 test agak lama lah jugakkan? .hehe biar lambat asal lulus. time jalan raya masa ujian dah biasa bawak jalan A so masa test dapat dekat jalan A . jalan A agak dekat jugaklah . nak kene main gear main class herm redha jelah, bawak sekadar yang mampu. lepas dah mula dah tamat rasa legalah bila tengok kat kertas tu bertanda lulus, balik talefon mama lepastu, dah happylah. hhehe singgah rumah cikgu Azlina masa balik masa pergi singgah rumah cikgu Siti, hesh aku kerja melawat rumah cikgu je. heheh apasalahnya kan kita melawat cikgu yang dah ajar kita, alang-alang cikgu tu baru dapat baby dapatlah tengok baby dia ye dak.bolehlah bincang jugak tentang lepas dapat resault nanti kan. 
tapi kalau korang nak tahu bila korang dah ada lesen kereta + lesen motor korang akan senang hidup dan tidak rasa ragu-ragu bila memandu kenderaan. yelahh bayangkan bila korang bawak tak ada lesen depan ada polis JPJ mahu tak korang kene tahan dengan kene saman kan dah kene bayar baik buat bayar lesen betol tak? herm ok kepada sesiapa yang bakal mengambil lesen kereta Syasya Fizani ucapkan selamat memandu dengan semoga berjaya lulus.

mudah-mudahan NURSYASYA FIZANI akan menjadi pemandu yang berkhemat dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.



p/s : mak usu suruh ayah hadiahkan kereta. cehhhwah kalau dapat kelisa pon ok gak boleh bawak gi kelas bila dapat masok UNIVERSITI aminn, moga-moga resault SPM cemerlang. mohon semua doakan syasya.
assalamualaikum. terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan.


 kelisa kalau warna merah smart jugak. 





1 comment:

  1. Yay nanti bawak akak pi jenjalan tau tau! Hehe.

    ReplyDelete

 

© Intan Z 2012-2013