Mawar yazreen

Mawar dilahirkan pada 29.3.14 waktu tengahari di hospital az-zahra.

khas untuk Nana doremon

 assalamualaikum nana, kenalkan. dia gadis ask.fm yang kaki ask dan kaki boom, cube tengok ask.fm dia mau tak ribu riban. tengok print screen dia nia tetap bg doremon, bio dia cube bace, jiran nobita.



haha, first aku pun tak tahu macam mana jumpa kau kat ask ni nana,  nama pon ask kan biasalah jalan-jalan sana sini cari kawan kan. korang nak tahu dulu dia letak nama whatever, ekh whatever macam tak logik je kan, dia cakap dia letak nama tu sebab suka hati dia lah nak letak dan nak jawap ape-ape jawapan, aje kelakar time tu, tapi serius baru asking dia, dia dah start ask dengan boom. memang best bila kita ade geng borak kan, lagi senang dia jenis tak kisah tengoklah siap beraku kau lagi., hahha. pejam celik dah lama jugaklah kawan dengan dia mungkin dekat 2 bulan kot, ekh nana 2 bulan ekh kita kawan, ?? yang sedisnya dia kene pergi plkn, ok nana kesian kau berkhidmat untuk negara aku sokong kau dari belakang ye. dia ade kerja tapi tak tahu lah kerja ape, org lain tanya dia dia cakap kerja kutip strawberry siap ade kontrak lagi. jadi ke kau nak beli phone baru guna duit gaji kau nana?? aku pun teringin nak beli phone baru, heheh tunggu jelah nanti. haa sebelom tu kalau nak tahu nana ni kaki novel , pernah tanya dia berapa banyak novel dah ade, dia pun tak terkira, huntunglah dia sebab ape ade ang akak yang boleh bagi duit belanja, dengan duit tulah dia buat beli novel, pastu kawan dia kerja pinjam je kat sekolah, ekh nana kalau aku satu sekolah dengan kau kan aku yang pinjam dulu, kalau boleh bawak aku datang rumah pilih sendiri novel ape yang aku nak pinjam, hahah tapi malangnya kau jauh lah, kat KL kan?? herm aku Johor. bila kita nak turun jumpa ek????ade teringin jugak aku nak jumpa budak ask.fm ni. ntahlah, tak tahudengan kau kenapa aku boleh tetiba rapat, mungkin sebab kita banyak persamaan kot, handphone sama, minat sama, dan lain-lainlah. tak lupa nana ni peminat setia doremon, nobita dan sizuka tu syasya fizani lah, dulu masa nama ask guna syasya polkadotdotdot, tapi tuka si zuka polkadotdotdot sebab ape? sebab dia doremon jiran nobita yang suka dekat sizuka, seriusly memang kemaruk dengan doremon sampai cd,komik dan kalau boleh kasut doremon pun dia nak beli, pelik budak ni,. bila syok-syok borak kadang teringat kisah lama, nana sebenarnya walaupun aku tak pernah kau sebelum ni aku rasa macam dah kenal lama, aku dah sayang kau macam sahabat aku yan lain, aku mula rindu kau bila aku bukak ask.fm kau tak tanya aku. sekarang aku dah ade no phone kau kau cakap nak call aku kan nanti aku bagi no ayah aku sebab ayh aku pakai no same ngn kau. ahhaha. apepepon nana terima kasih sudi jadi sahabat aku, takkan kulupa itu. all the best in plkn and when you continue your study, aku harap satu hari nanti kita dapat berjuma tak kisahlah kat mana kalau jodoh kita jumpa kat tandas pun aku redha, harap kita cemerlang didunia dan di akhirat dont forget me demon..!!! ni aku ada gambar untuk kau.



sempena kau nak pergi berkhidmat kan aku bagi topi ni.


itu dia doremon nobita dan sizuka takkan terpisah


kita kat ask.fm dah macam family.


p/s: nobita akhirnya berkahwin dengan sizuka, doremon akhirnya dia rosak dan tahu tak sape betolkan doremon hidup kembali?? itu dia nobita akhirnya menjadi profesor.




Kedai Makan Faiz Bistro

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah sebab diberi nikmat untuk mencari pengalaman bekerja sebagai pembantu di kedai makan .Walaupun bekerja selama 7 minggu dekat dalam sebulan pengalaman yang diperoleh sangat memberi kepada saya. Dari dulu memang tak terfikir pun nak bekerja di kedai makan, last-last dapat rezeki kerja so kerja jelah, sementara cuti ni, dapat cari pengalaman dapat cari duit. Perghh bila part dapat gaji tu seronoknya hai dapat simpan + kumpul. Biasalah orang kerja kedai makan gaji tak delah seberapa sangat tapi Alhamdulillah berbaloilah jugak bila kita dah gunakan masa dan tenaga kita yer dak.


 Cerita dia macamgini mula-mula dah dapat kerja kat satu restoran tu,dia dah suruh datang dah,then tak lama kemudian dia call cakap tak jadi nak amek pekerja pulak sebab ape sebab dah ada orang baru masuk lelaki katenya, so ape lagi bengang lah time tu. Sebelum ni dah tahu kat tempat kedai makan FaizBistro  ni perlukan pekerja tapi time tu buat derk jelah, sebab dah tahu dapat kerja kat restoran tukan ,tapi last-last daripada dok nganggur baik kerja kat kedai makan balik dari jumpa cikgu terus gi rumah mak ngah Tanya pasal kerja kosong kat kedai makan tu. Makngah suruh jumpa makcik Kiah, jumpa lahjugaj makcik kiah Tanya ade kerja kosong ke kat tempat dia kerja tu? Dia jawab ada kenapa nak mintak keja ke?? Sy jawablah a’ah nak kerja bagi no talefon tak lama dia cakap dah boleh start kerja hari ahad.

Masa mula-mula datang tu memang tak tahu kedai makan tu, ade lalu je kot sebelumni, datang-datangje cakap pekerja baru then terus potong sayur, time tu tengok-tengok jugak mana toke?? Rupanya abg faiz toke dia , dia pagi lepas belanja terus tidur pastu baru masuk kedai dalam kol 10 gitulah, ada 5 orang pekerja termasuk sylah semua lingkungan makcik tapi panggil akak.haahha lawakkan. Time tu senyap dan senyum je. Ada kak baiti dia mengandung time tut u yang caripekerja baru tu, dialah tolong ajarkan cara potong sayur semua untuk dimasak dan dijadikan makanan tengah hari. Banyak, first tempe, tempe tu dalam berapa puluh ntah, yang pasti 16 keping asingkan untuk goreng,selebihnya potong kecik-kecik untuk dibuat sambal goreng. Second kacang panjang,kangkong  penting, petola, peria, lobak, labu, bayam, sawi putih, daun sup, daun kucai, bawang 1 guni, kentang setengah guni, halia + kunyit 1 plastik merah yang kecik. Ni semua bahan-bahan yang untuk dimasaklah, dah setel semua sekali baru buat bahan untuk air asam ikan bakar. Amek limau yang besar-besar yang oren kekuningan belah dan perah. Dah buat air limau amek cili padi  1 mangkuk sup yang biru tu gunting lada tu kecik-kecik. Agak pijao lah jugak, lepastu amek bawang dalam beberapa bijik hirislah bawang tu. Herm banyak tau kerja pagi tu.
Lepas dah siap semua yang nak kene buat pagi tu barulah boleh sarapan, nak tahu tak ada sarapan ape? Banyak lah jugak, yang special mee rebus dengan soto, yang biasa ada nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, mee hoon goreng, selalunya sy amek nasi lemak , kadang campur ayam, amek nasi goreng campur telur puyuh, amek mee hoon goreng campur telur . kalau mee rebus mesti campur kaki sup. Hermmm sedapppp.. !!!!



Bila dah sampai waktu tengah hari je orang dah mula datang macam kene serbu je tahu tak, so kerja sy bagi nasi kat doranglah dan Tanya nak air ape. Kalau sorang2 bolehlah ingat nak air apa, tapi kalau dah ramai sangat amek kertas tulislah jawabnya.bila waktu tu je kan macam best je macam tertunggu-tunggu je orang yang sama datang, dah lama sikit ade perasan yang orang ni selalu makan kat kedai ni, nak ngorat seganlah pulok, dah lah handsome, control cun jelah time tu hahhah. Tapi serius pelanggan ada yang  handsom,cantik,tinggi,rendah,comel dan macam-macam lagi, kadang terpikat juga dengan gaya dan pemakaian dorang bukan calang-calang orang pun ada tapi kebanyakannya pekerja sektor kerajaan je, sebab tulah cuti pun ikut kerajaan jumaat dan sabtu, haa untung tak kerja situ dua hari cuti wok. Bila cuti dapatlah rest badan dengan baca novel, pernah seminggu dok rumak makngah temankan dia sebab pakngah pergi kursus so pergi kerja dah dekatlah, save minyak hahah. Kat rumah makngah berdua jelah, kerja online je,tapi malam dah letih sangat tidur jelah,. Balik semula pada waktu tengah hari, ada sorang doktor ni tengok gaya macam doktor, tinggi dan handsome sy tanya nak air ape, tapi sy jawab nak air suam, dia ni pun ngangguk je lah,hihi. Dah sekarang tak dapat jumpa lagi dah,. Ada abang sorang tu tengah practical kot, selalu makan ikan bakar, tengok nasi kat pinggan dia sentiasa licin, pernah sekali dia ade order limau ais, dah siap makan baru dia mintak air, rupa-rupanya sy lupa nak buat dan hantar, kesian dia.hehh, tapi tak pelah bila-bila boleh jumpa lagi, ada akak 3 orang ni cikgu kot under u mana ntah suka makan kat kedai tapi sekarang dah bungkus, Nampak muka dia je dah siap-siap bungkuskan nasi dia.cantik jugaklah akk-akk ni, herm bestnya .. bukan akk ni je yang bungkus ade abg ni pun sama mesti nak nasi separuh 2 bungkus. Bila dah lama kerja dah kenal orang yang sama kita dah tahu dah citarasa dia dengan kesukaan dia, cehhh merepek.,hahaha


Bila dah hantar air tengok atas meja ada banyak pinggan angkatlah bawak ke belakang, kadang tolong jugak basuh-basuh pinggan ni.

korang nak tengok lauk yang ada kat kedai, lauk-lauk nilah yang dirindui sebab masa kerja nak makan makanan ape makan je ape-ape tapi agak-agaklah kan, sedapnyaa makanan terutama sekali ikan bakar tu.

sarapan
lauk makan tengah hari
lauk lagi, 

tempat ikan bakar di bakar
ikan bakar, caru,keli,pari,kembong

air asam ikan bakar, memang the best

apapapon, memang timba pengalamanlah kerja situ, best memang best sebab dapat jumpa dengan ramai orang yang berkerjaya, dokter,nurse,cikgu,dan ramai lagi.terima kasih abang faiz dan keluarga. tak lama lagi abang faiz nak jadi papa, akk nurul nanti mesti dapat baby muka sama macam dia comel sangat. semoga kita bertemu lagi





Alhamdulillah berjaya dapat lesen kereta.


driving test >< B3


Setiap insan mempunyai harapan. Bahkan harapan adalah salah satu naluri atau perasaan yang tertanam di dalam diri kita yang bergelar insan. Harapan menumbuhkan tekad dan usaha,manakala putus harapan mengundang kekecewaan,duka dan nestapa.
Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan rezeki yang telah ALLAH berikan kepadaku.


yes !! syukur Alhamdulillah akhirnya berjaya lulus ujian memandu kereta. bukan senang nak lulus ujian ni banyak ujian dan cabarannya, first nak kene pergi dengar ceramah dan taklimat then practical memandu, serius time tu first time memandu mane pernah nak bawak kereta waja ayah tu, selalu duduk je haa sekarang dah boleh bawak lah kan heheh. tunggu stabil dululah tak menyempat pulak hehhe . dia banyak step first bukit, bukit nak kene berhenti sama baris dengan tiang then tayar kene masuk dalam petak,lepastu tekan minyak tekan class turunkan handbreak. kalau lepas tu dapatlah buat parking dengan 3 penjuru, masa test Ya Allah takut je time part kat bukit, parking dengan penjuru ok steady je bawak, tapi ok lah lepas bahagian tu then nak ke bahagian kedua pulak jalanraya, selalu lepas balik kerja hampir setiap harilah datang buat latihan memandu, tak rugi masa lah sebab akhirnya berjaya jugak kan, bersabar dengan cahaya matahari dengan tunggu turn nak bawaknya kan lama tu sejak 17.12 birthday 20.12 daftar then 5.3 test agak lama lah jugakkan? .hehe biar lambat asal lulus. time jalan raya masa ujian dah biasa bawak jalan A so masa test dapat dekat jalan A . jalan A agak dekat jugaklah . nak kene main gear main class herm redha jelah, bawak sekadar yang mampu. lepas dah mula dah tamat rasa legalah bila tengok kat kertas tu bertanda lulus, balik talefon mama lepastu, dah happylah. hhehe singgah rumah cikgu Azlina masa balik masa pergi singgah rumah cikgu Siti, hesh aku kerja melawat rumah cikgu je. heheh apasalahnya kan kita melawat cikgu yang dah ajar kita, alang-alang cikgu tu baru dapat baby dapatlah tengok baby dia ye dak.bolehlah bincang jugak tentang lepas dapat resault nanti kan. 
tapi kalau korang nak tahu bila korang dah ada lesen kereta + lesen motor korang akan senang hidup dan tidak rasa ragu-ragu bila memandu kenderaan. yelahh bayangkan bila korang bawak tak ada lesen depan ada polis JPJ mahu tak korang kene tahan dengan kene saman kan dah kene bayar baik buat bayar lesen betol tak? herm ok kepada sesiapa yang bakal mengambil lesen kereta Syasya Fizani ucapkan selamat memandu dengan semoga berjaya lulus.

mudah-mudahan NURSYASYA FIZANI akan menjadi pemandu yang berkhemat dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.



p/s : mak usu suruh ayah hadiahkan kereta. cehhhwah kalau dapat kelisa pon ok gak boleh bawak gi kelas bila dapat masok UNIVERSITI aminn, moga-moga resault SPM cemerlang. mohon semua doakan syasya.
assalamualaikum. terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan.


 kelisa kalau warna merah smart jugak. 





JDT vs SEL = liga super

assalamualaikum,  JDT vs SELANGOR ofcourselah JDT menang kan? hahhah perlawanan ni kat stadium Larkin,tak pergi pun yang pergi pak usu sebab dia meniaga kat stadium, best ek dapat gi stadium, rayyan pun dah pernah pergi stadium rayyan ni anak mak usu lah.. budak kecik pun dah pandai gi stadium heheh tengok gambar ni.
muhammad rayyan sufi bin roslan

macam sekejap je JDT ni goal padahal tak tengok live pun. hahah mula-mula 1-0, pastu 2-0, then 3-0, last 4-1, tapi tak tahulah kalau 5-1 kan. time banyak goal time tu bukan live acanor nak dapat feel??tak syoklahkan,mesti takde orang menjerit kat depan tv,kat kedai-kedai mamak kan? ishhishish huntunglah sape-sape yang dapat tengok live tu selalunya memang tengok kat tv jelah, ni tak da live kat tv tengok fb johorsoutherntigers dapatlah jugak info kan. hahaha. pengalaman orang yang dah banyak kali gi stadium mesti dah tak heran. tapi memang smart ek kalau rakyat Johor pakai trend seluar askar dengan baju JOHO .  memang cantik pun sebenarnya design JOHO walaupun hanya tulisan JOHO, ada juga tulisan jawi, pak usu cakap tshirt tu dalam rm70, haaa ko hadooo nak beli?? tunggu orang bagi hadiah dengan tunggu diskaun jelah. contoh baju JOHO

cube tengok tulisan JOHO smart kan?

2014 jersi JDT pun dah tukar merah biru tetap ada, lagi satu putih biru. jersi-jersi ni pun belum mampu nak beli semata-mata untuk kepuasan hahah yelah mana taknya ada yang rm70,rm60. alaa lagipun nak pakai macam segan je, saya ni perempuan. tapi kalau ada geng nak pakai ok jugak kan. sekarang orang perempuan pun dah pakai seluar askar kau, kau ade seluar askar? semakin meningkat permintaan barang ,semakin meningkat harga barang pengeluaran,semakin untung peniaga yang meniaga. ekh kejap bukan baju jer tukar logo pun tukar.

nampak tak mulut harimau selatan tu mengaum.logo JDT yang baru
apa-apa pon tahniah JDT sebab menang perlawanan liga super JDT vs SEL 4-1 di Stadium Larkin.
ale ale ale ale. ayoh JOHO.

#JDT MENGAMUK. hahah






Permohonan ->... insyaallah

alhamdulillah selesai buat permohonan upu, sebenarnya dah beli no UPU tu awal dari 20/1/14 dari mula-mula keluar tapi tu lah tanguh punya tangguh sekarang 8/2/14,1 pagi baru siap buat permohonan tu. tahu tak saya buat pilihan pusat pengajian apa??

pilihan 1 = uitm pengajian perniagaan. ni yang fokus sebenarnya.
pilihan 2 = uitm kulinari . bab-bab baking cake lah ni kan.
pilihan 3,4,5,6,7,8 = uitm dan politeknik. perbankan,peruncitan,penghotelan dan perlancongan,seni bina dan pengajian pemakanan.

bukan pilih U dgn Poli je, kene pilih institut kemahiran jugak seperti IKBN, ikbn also i want too. ikbn pastri,roti,fotografi. Shah alam dan Johor.

tak kisah mana-mana pun boleh asalkan kita ada minat hendak belajar dalam bidang tu.INSYAALLAH  bersyukur sebab Allah bagi kita minat yang kuat dalam sesuatu bidang. contohnya saya minat berniaga dan buat pastry like cheese tart and now i have own bussines with my own modal. bersyukur sebab ada yang sudi membantu den membeli. kerja-kerja jugak bussines tetap jalan. alhamdulillah makin ramai kawan yang tempah,kadang tak ada yang tempah,promote-promete je kat sapa-sapa yang suka nanti diaorang nak belilahlah. heheh.

sekarang bergantung pada result spm, cemerlang alhamdulillah. mudah-mudahan semua berjaya amin ya rabb.


2014



NURSYASYA FIZANI BINTI M HALIZAN.
18 TAHUN.
LEPASAN SPM.
BUAT DAN JUAL CHEESE TART.
BACA NOVEL.
LESEN MANDU.
KERJA KEDAI MAKAN.
MAIN FACEBOOK.
MAIN ASK.FM


 

© Intan Z 2012-2013