Kisah Ramadhan Kami :(



“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadhan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa diharamkan dan ditegahkan daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan”.

Assalamualaikum. ape khabar?? sihat ke? letih ke? gembira ke? hihi, btw sekarang dah bulan Ramadhan kan Ahlan wasahlan Ya Ramadhan. korang pasti gembira sebab dapat sambut bersama orang yang tersayang kan?. sy mungkin kurang sebab dah 2 kali Ramadhan termasuk tahun ni puasa tanpa atuk, 10 kali Ramadhan puasa tanpa ibu. sedih lah jugak . Sebenarnya nak kongsi cerita  masa dulu arwah atuk ada, 'sy bahasakan diri akk tau' , teringat lagi atuk orang first yang bangun dulu kira bangun untuk bersahur lah bukan bulan puasa je, boleh dikatakan setiap hari atuk bangun awal dalam pukul 4 lebih gitulah, atuk bangun je atuk akan mandi, selalu bila akk bangun mandi untuk pergi sekolah  bilik air basah tapi sekarang bila akk bangun je bilik air kering. lepas atuk dah mandi mungkin atuk buat solat Qiamulail kot kalau akk tak silaplah, atuk memang rajin solat, nak-nak bulan puasa setiap hari waktu petang atuk baca al-quran kat mesin jahit nenek. kadang-kadang atuk ade jugak tengok tv tapi rancangan yang dia minat jelah macam ART(c/arab), jejak rasul dan lain-lain yang  ke arah keagamaan lah. selain aktiviti ni, atuk ada jugak rehat kan diri seperti tidur atuk suka tidur atas lantai, tahu tak sebab ape? sebab lantai kat sejuk tapi beralaskan tikar getah ok. bila sampai masa nak buka atuk suka duduk-duduk kat kerusi malas, kat anjung,kat tembok. kadang-kadang atuk ada jugak jalan-jalan dekat halaman rumah ni. bila kakak,abang,adik dah balik sekolah, atuk ade jugak suruh "lekas mandi dah nak buka ni". kiteorang memang mandilahkan sebab nak segarkan badan sebelum makan.herm bila dah siapkan diri, kakak ada tolong mama dan nenek hidangkan makanan, time tu atuk memang dah duduk kat kerusi meja makan, senan citer kita semua adik-beradik dah duduk tinggal tunggu nak buka je. dah hidangkan makanan sampai tak muat meja,takdalah banyak sangat sebenarnya makanan tu cuma saiz pinggan mangkuk lauk je yang besar, kami semua bersedia tunggu seren(azan). dah bunyi azan je, tahu tak siapa yang bacakan doa berbuka? mestilah atuk yang bacakan, kita semua aminkan. first yang atuk amek ialah air dan kurma atuk dan nenek tak makan banyak masa berbuka kira nyamah jelah sebab nak terawih kan, lepas isyak baru makan berat-berat. kita adik-beradik ni ape lagi makan lah makanan berat macam nasi,mee. atuk dan nenek makan tak lama kita je makan lelama. then, atuk dan nenek sembahyang maghrib, time tu kiteorang masih makan, ingat lagi first puasa je adik izz mesti muntah, ayah cakap "perut kosong baru nak mula puasa" lepas dah siap makan,kemas meja kite semua relex sekejap then baru sembahyang. dah sembahyang cari lagi makanan time ni atuk dan nenek sedang makan, saje nak dekat-dekat padahal perut dah kenyang. bila semua dah kenyang tibalah masa untuk berterawih. atuk dan nenek terawih kat rumah je, adik,abang dan ayah pergi masjid, kakak dengan mama hehehe. kebiasaannya atuk dan nenek terawih start isyak hingga 9:30 mungkin buat sikit je kot, yelah atuk mana larat nak diri lelama, tapi atuk masih larat untuk bersembahyang. macamginilah pergerakan arwah atuk dan kami sekeluarga sepanjang bulan Ramadhan. atuk meninggal dunia pada bulan Januari tahun 2012, so tahun 2011 lah last kami berpuasa dengan atuk. tahun 2011 lah peluang terakhir anak-anak,cucu-cucu atuk berpuasa bersama. kami bersyukur sebab tinggal serumah dengan atuk, yang pasti atuk dah fahams angat dengan kerenah dan perangai kami bertiga. tahun 2013 dan akan datang sedihlahkan bila atuk takda nak teman kami bersahur, nak bacakan doa berbuka, nak nasihatkan kami bila bergaduh, tak terdengar bacaan al-quran pada waktu petang, tiada channel Arab yang dibuka dan banyak lagilah kenangan bersama arwah atuk. yang paling gembira bila hari raya aidilfitri semua anak-anak atuk bali kampung, yang masti rumah atuk sangat meriah. insyaallah, TANPA ADA ATUK DISISI TETAPI MASIH ADA KENANGAN BERSAMA ATUK DIHATI.  mari kita sedahkan Al-Fatiha dan Yassin kepada arwah atuk,arwah ibu,arwah nyayi dan arwah nenek(mak kandung ayah).
ampun maaf saya pinta , jika tedapat cacat cela, saya hanya ingin berkongsi cerita, semoga anda terharu bila membaca. SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERBUKA.







No comments:

Post a Comment

 

© Intan Z 2012-2013