nak pergi situ tapi terlambat sebab pergi sini

 assalamualaikum,,,,,,,aaaaaaaaaaa nak menjerit, sayang sebab tak dapat ikut cikgu Malini pergi jemputan kahwin cikgu Raidah kat DTJ, malam tanya cikgu, cikgu tak pasti lagi pergi ke tak pergi, harap-harap kalau pergi nak ekut tumpang lah kan, tapiiiiiiiiiiiiiii malam tu ada orang meninggal sepupu punya sepupu, so keesokkannya mestilah hari untuk dimandikkan,dikafankan,disembahyangkan dan dikebumikan. sya antara sepupu yang terdekat pergi lah melawat, kalau pergi melawat memanglah tak bawak phone memang terfikir nak bawak ke tak nak kalau bawak dapat tahu cikgu Malini reply text ke tak,dalam hati takpelah sempat kot baca bila dah balik, masa ikut melawat dapatlah tolong apa-apa yang patut,cuma dapat tolong hiris daun pandan je untuk letakkan dipusara. masa sedang hiris tu makngah panggil sera(sepupu) nak tengok tak? ape lagi cepat-cepatlah pergi atas akhirnya dapat tengok sekejap je lepas tu orang tu dah tutup. ada jugaklah adik-beradik si mati yang tak dapat balik dan tak dapat cium dahinya. selepas tu disembahyang,kiteorg tunggu kat bawah jengah kat atas dah selesai diturunkan dan dimasukkan kedalam van jenazah, sya,sera,wani naik kereta yayi pergi kubur, first time kot tengok orang kebumikan mayat. dalam hati YaAllah macam tu ke caranya, macam tu jugak ke aku nanti bila dah tak bernyawa.? terasa takut pun ada . masa orang tu dah turunkan mayat dan dah masukkan kedalam liang lahad kiteorang tengok je tunggu lama jugaklah,bila dah selesai sementara tu makngah ajak pergi kubur nyayi, sya dan sera pergi sambil bawak bunga untuk ditaburkan. arwah ibu dan nyayi dah 10 tahun pergi meninggalkan keluarga. pejam celik sekejap je kan masa berlalu,bila nak ingat balik masa dulu ingat-ingat lupa je sebab masa tu kecik lagi kan. herm tak sangka kita bersihkan kubur arwah nyayi, sedekahkan al-fatiha dan taburkan sedikit bunga yang telah dihiris. lepas tu sera, makngah , sya ayah dan mama pergi ke kubur arwah atuk kita semua bersihkan lah cabut pokok semalu yang dah mati tu, baca al-fatiha dapat lah juga taburkan sedikit bunga. lepas tu orang tu dah siapkan kubur tu sera dan makngah dipanggil sya pun ikut pergi sana , time tu mulalalah bacaan talkin, khusyuk masa dengar bacaan tu, dia ada baca tentang soalan yang akan ditanya semasa didalam kubur, orang tu bacakan soalan dan bacakan jawapan sekali, soalan tulah akan ditanya kepada kita jika kita telah meninggal dunia dan dimasukkan kedalalam liang lahad, dah habis baca talkin sya,ayah,mama pergi kubur arwah nyayi, kita semua bersihkan buang ranting-ranting. lepas tu ramai yang dah balik, ayah dah pergi lalu jalan bawah,sya time tu amek motor kat tepi tu,nasib baik time tu ada nenek tom lagi tengah tunggu pakngah,sempat jugaklah petik beberapa kuntum bunga yang berwarna putih untuk ditaburkan di atas pusara arwah ibu pulak, makngah cakap arwah ibu meninggal sama tahun dengan arwah nyayi masa tahun 2003, tapi arwah ibu yang meninggal dulu pada bulan Januari, tak lama lepas tu arwah nyayi meninggal pada bulan 6, sempat lah bersihkan sikit kubur arwah ibu taburkan bunga siket dah bacakan Al-fatiha lepas tu balik. sampai je rumah belum sempat masuk ayah pesan  basuh kaki dan amik air sembahyang lepastu masuk mandi. pergi kat handphone yang sedang charge tengok cikgu Malini ada text tanya nak pergi jemputan kahwin cikgu Raidah tak ?,  masa tu mesej pukul 10 lebih tapi sya balas dekat kot 11.30 jawab lah tak kesah kalau cikgu pergi sy nak ikut sy taknak menyusahkan cikgu. rupa-rupanyq cikgu pergi dan masa balas mesej ckg tu ckg dah nak gerak, hermm terkilan jugaklah sebab terlambat bagitahu yang sya nak pergi. tapi tak pelah sekurang-kurangnya sya dapat timba pengalaman untuk tahu cara  menguruskan jenazah.sya cakap kat cikgu malini cikgu nanti cikgu Aisyah kahwin kalau cikgu pergi sy nak ikut jugak hehhe frast sebab tak dapat ikut cikgu raidah kahwin. cikgu jawab insyaallah jika kita dipanjangkan umur kita pergi harap-harap dapat merasa pergi jeputan kahwin cikgu . herm macam tulah perjalan pada hari ahad 2.6.2013. marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatiha kepada arwah Malik bin Riduan yang telah meninggal dunia pada 1.6.2013, semoga  beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan tenang di alam sana. setiap yang hidup pasti akan mati cuma kita tak tahu bila kita menghembuskan nafas terakhir..

No comments:

Post a Comment

 

© Intan Z 2012-2013