NADWAH PEMANTAPAN SAHSIAH

Assalamualaikum,ahlan wasahlan. Sebenarnya teringin nak kem kat sek menengah ni,haritu kem gabungan tak dapat pergi,tapi 14-15/6 ditakdirkan dapat pergi ke kem Nadwah pemantapan sahsiah pelajar islam. Berperluang dan dapat menimba pengalaman tidur atas tikar dalam kelas yang tidak bercermin dan kipas yang perlahan,mandi di tandas sambil beratur menunggu giliran(terpaksa mandi ala kadar) dan yang paling penting dapat solat berjemaah bersama rakan dan taulan.

Ok first, sampai sekolah jam 2.30 sampai je tak tunggu sapa-sapa terus saja pergi daftarkan diri dan dapatkan fail,ckg ckg tahniah peserta pertama yang hadir dulu. Tanda tangan then masuk dlm dewan. Time daftar ckg siap pagi tag nama dan kumpulan. Memandangkan datang pertama dapat kumpulan pertama,tapi sebenarnya cikgu dah tetapkan dah pun,alhamdulillah dapat ahli yang sporting,baik dan comel. Masuk je letak beg dan duduk di barisan kedua dihadapan memanjang kebelakang mengikut kumpulan,yang pasti ahli campur dari form3,4 dan 5. Bila semua dah sampai ustaz beri taklimat tentang tempat penginapan,mandi dll. Selepas tu,kami diberi minum petang, then solat asar berjemaah.



Bermula aktiviti pertama daripada kaunseler cemerlang, cara dia sampaikan tu seronoklah,mula-mula dia suruh tulis nama ibu dalam kertas kecik, lipat dan masukkan dalam kotak, lelaki pun sama. Ckg tu suruh pilih satu kertas yang dah dilipat tu,bukak then dia suruh carik orang lain yang memegang nama ibu kita, alhamdulillah dengan mudahnya jumpa nama mama yang pegang tu duduk sebelah je, rezeki kan dapatlah hadiah pen sebatang. Aktiviti kedua dia bagi kertas soalan yang banyak tentang ciri kawan kita,kita kena dapatkan t/tgn dia berdasarkan ciri yang dia ada contoh mata coklat,tangan kidal dan berdarah campur. Adasorang peserta tu birthday dia minggu ni, budak lelaki kat belakang semua nyanyikan HAPPY BIRTHDAY TO YOU, tak sangkalah jugak terharu dan teruja. semua gembira dapat main lompat dalam gelung sambil dengar arahan. Sesi dengan cikgu ni dah tamat kami ucapkan terima kasih kerana dangan aktiviti ni kami dapat mengenali antara satu sama lain.



kemudian ustaz beri arahan pergi makan malam dulu kat kantin then berkumpul untuk diberi kumpulan dalam bilik. awal-awal dah cari geng untuk dibuat peneman dalam satu kelas yang  kekurangan cermin dak pergerakan kipas yang lambat, yang tidur dalam kelas tu adalah ,izwani,  faraha ,akila ,syakila, fatihah, farra, anis,  alisya, dazarisha, julia, aida, humaira, ziham, kita orang satu bilik apa lagi kemas-kemas barang then cabut gi pilih tandas untuk mandi malam, sempatlah jugak time tu kelam kabut pun ada, malam tu kami pakai baju kurung, lelaki mestilah pakai baju melayu kan.? semua cantik dan handsome. tiba masa untuk solat maghrib berjemaah bila semua dah sampai mulalah sembahyang. lepas sembahyang ada masa untuk tunggu solat isyak kami baca surah yassin,dah habis kita solat isyak.



seterusnya sesi ceramah bertajuk dari mana dan kemana akhirnya. di datangkan khas kami semua, seorang penceramah yang berpengalam selama 25 tahun, penceramah ni pernah ceramahkan orang yang hendak ke tali gantung,orang yang hendak kene sebat, orang yang berpenyakit HIV,  bakal-bakal guru-guru,jururawat dan ramai lagi,memang banyaklah sampai masuk tv pun ada kot, lagi pun beliau dari Jabatan Agama, beliau juga ada tangkap orang yang disyaki berkhalwat. beliau juga siap bawak speaker sendiri,pembantu kira memang awesome lah penceramah ni.  mula-mula ustaz bacakan hadis-hadis. belau banyak ceramah tentang seorang anak,ibu, ayahguru dan rakan. pasal anak kesahnya anak perlu buat ibu dan ayah bahagia gembira dan jangan benci atahu derhaka.ayah ayahlah yang bekerja keras untuk bagi kita makan tanpa janin ayah dan ibu bercantum mengikut kaedah sains kita tak dapat hidup didunia ini,guru disekolah selalu memarahi kita ,merotan kita tahu tak kenapa ? kerana guru hendak membetulkan kesilapan dan kesalahan yang kita buat, sepatutnya kita tidak boleh membenci guru sebab bila kita nak megejar cita-cita, tanpa ilmu yang guru berikan kita tidak tahu bagaimana caranya. rakan walaupun kita banyak buli kawan kita,bergurau dan dalam masa yang sama kita kena luangkan masa bersama dia untuk berkongsi masalah,perasaan dan ilmu.  ustaz ni ada tayngkan vidoe dengarkan lagu yang sangat menyentuh hati kami semua sehingga bila kita terkenangkan kesalahan yang pernah kita lakukan terhadap ibu,ayah,guru dan rakan. sambil tu ustaz ceritakan dan katakan kata-kata yang amat tersentuh. kami semua tak tahan lalu air mata jatuh tak kira lelaki atau perempuan. sy ada terasa ada guru mengusap badan sy,tenang rasaya. ustaz suruh semua berdiri buat bulatan untuk bersalam dengan guru dan meminta maaf atau doa atas kesilapan/keasalahan yang sengaja atau tidak sengaja, sebak memang sebak sambil tersedu, ustaz ni menyentuhkan hati guru juga sampai guru pun menangis. bila peluk ustazah sedihnya, ustazah dan guru semuanya nasihat jadi anak yang soleha dan baik, belajar bersungguh-sungguh dan insyaallal guru doakan kami semua. sambil tu kita semua dengar lagu akrab persahabatan. hermm nangis sambil pegang Faraha(she my b/friend). akhir sekali ustaz bacakan doa untuk kita semua. ni tekan link  http://www.youtube.com/watch?v=Q-pcvT16rnw


Dah abes dengar ceramah kene pergi kantin minum air teh dan makan roti. pastu gi toilet gosok gigi dan bersih, tidur lah. tapi memang tak boleh tidur sampai kol 2 lebih kot, rupa-rupaya ramai tak boleh tidur diaorang semua pejam mata ketat-ketat. akhirnya tertidur sebab nak bangun Qiamulail. :) : ) tak sabar ..


Kita semua bangun dalam kol 4 kot, dapat turun je tunggu sekejap dapatlah tandas untuk mandi. amek sembahyang sekali kemas  beg baju siap-siap lepastu gi surau.


Qiamulail nak sembahyang kene tidur dulu walaupun lima minit.solat sunat ni termasuklah solat sunat tahajud, hajat,taubat, tasbih, solat penutup, selepas tu solat subuh . dah selesai bersenam kat  tapak perhimpunan main lompat-lompat keekiri,kanan,depan dan belakang. susah jugaklah sampa menang dapat Rm 10. lepastu gi kantin sarapan makan nasi lemak dan minum air teh, relex-relex sekejap dok lepak kat depan bilik hem, dah lama siket baru naik dewan.


LDK latihan dalam kumpulan . kumpulan 1 dapat fasi bernama pn siti hajar kaunselor sekolah belah petang. kat situ kita perkenalkan diri dan buat rumusan. cikgu ada cerita kisah perempuan cantik . kisahnya si lelaki ni suka melihat mata perempuan ni , lelaki ni asyik ikut je perempuan ni,last sekali lelaki ni cakap matumu cantik, perempuan ni balik rumah dan letak sesuatu kedalam kotak dan beri kepada orang gaji untuk diberikan kepada lelaki tadi.lelaki tadi terkejut sebab dalam kotak tu ada mata perempuan tadi.kesimpulannya, perempuan tu taknak dapat dosa kerana kecantikan matanya oleh itu dia sanggup korek mata dia dan bagi kat lelaki tu. hermmm kita sebagai manusia tak boleh berlagak sombong dan bajet cantik atau ape-ape lah..


ni terakhir ceramah tentang ibu bapa dan anak kira macam wasiat tajuknya lah. ustaz ni datang dari jauh. ustaz ni banyak tayangkan video da sekali lagi buat kami menangis, sapa ibu bapa yang ada hadir mereka peluk dan cium. herm banyak kita semua dapat. kita dapat ilmu,kita dapat cara buat Qiamulail,  semangat setia kawan, menghormati guru dan macam-macam lagilah. kami semua membaca ikrar yang diketuai oleh ketua. last pengetua berucap, dapat sijil, kemas kerusi dan kelas then pergi kantin makan tengah hari. sampai rumah sembahyang zohor dan tidur.. 


Insyaallah syasya fizani akan melakukan Qiamulail dan menjadi orang yang baik kerana, orang baik akan dibalas baik. insyaallah doakan kejayaan SPM ya aminn. terima kasih kepasa ustaz dan ustazah yang telah merangka program ini, sy berharap program ini sentiasa dibuat disekolah.


klik ni dengarkanlah.. :  http://www.youtube.com/watch?v=WgPNEDB3TGw



No comments:

Post a Comment

 

© Intan Z 2012-2013