jatuh hati dengan 'weheartit'

first, bila masuk websites ni best sangat rambang mata. Rambang sebab banyak gila gambar cantikcantik. Sememangnya suka kumpul gambar yang cantik-cantik. korang sukakan gambar? meh jalan kat link ni http://weheartit.com . korang masuk then korang pilihlah gambar yang korang suka, kira macam tempat simpan koleksi gambar lah ni. hihihi . nak tengok gambar-gambar yang  awesome?? ni ada lah siket gambar yang cantik. lainkali update nak letak gambar je. memang banyak amek gambar menara yang kat Paris ni, cantik sangat kan.. <3











NADWAH PEMANTAPAN SAHSIAH

Assalamualaikum,ahlan wasahlan. Sebenarnya teringin nak kem kat sek menengah ni,haritu kem gabungan tak dapat pergi,tapi 14-15/6 ditakdirkan dapat pergi ke kem Nadwah pemantapan sahsiah pelajar islam. Berperluang dan dapat menimba pengalaman tidur atas tikar dalam kelas yang tidak bercermin dan kipas yang perlahan,mandi di tandas sambil beratur menunggu giliran(terpaksa mandi ala kadar) dan yang paling penting dapat solat berjemaah bersama rakan dan taulan.

Ok first, sampai sekolah jam 2.30 sampai je tak tunggu sapa-sapa terus saja pergi daftarkan diri dan dapatkan fail,ckg ckg tahniah peserta pertama yang hadir dulu. Tanda tangan then masuk dlm dewan. Time daftar ckg siap pagi tag nama dan kumpulan. Memandangkan datang pertama dapat kumpulan pertama,tapi sebenarnya cikgu dah tetapkan dah pun,alhamdulillah dapat ahli yang sporting,baik dan comel. Masuk je letak beg dan duduk di barisan kedua dihadapan memanjang kebelakang mengikut kumpulan,yang pasti ahli campur dari form3,4 dan 5. Bila semua dah sampai ustaz beri taklimat tentang tempat penginapan,mandi dll. Selepas tu,kami diberi minum petang, then solat asar berjemaah.



Bermula aktiviti pertama daripada kaunseler cemerlang, cara dia sampaikan tu seronoklah,mula-mula dia suruh tulis nama ibu dalam kertas kecik, lipat dan masukkan dalam kotak, lelaki pun sama. Ckg tu suruh pilih satu kertas yang dah dilipat tu,bukak then dia suruh carik orang lain yang memegang nama ibu kita, alhamdulillah dengan mudahnya jumpa nama mama yang pegang tu duduk sebelah je, rezeki kan dapatlah hadiah pen sebatang. Aktiviti kedua dia bagi kertas soalan yang banyak tentang ciri kawan kita,kita kena dapatkan t/tgn dia berdasarkan ciri yang dia ada contoh mata coklat,tangan kidal dan berdarah campur. Adasorang peserta tu birthday dia minggu ni, budak lelaki kat belakang semua nyanyikan HAPPY BIRTHDAY TO YOU, tak sangkalah jugak terharu dan teruja. semua gembira dapat main lompat dalam gelung sambil dengar arahan. Sesi dengan cikgu ni dah tamat kami ucapkan terima kasih kerana dangan aktiviti ni kami dapat mengenali antara satu sama lain.



kemudian ustaz beri arahan pergi makan malam dulu kat kantin then berkumpul untuk diberi kumpulan dalam bilik. awal-awal dah cari geng untuk dibuat peneman dalam satu kelas yang  kekurangan cermin dak pergerakan kipas yang lambat, yang tidur dalam kelas tu adalah ,izwani,  faraha ,akila ,syakila, fatihah, farra, anis,  alisya, dazarisha, julia, aida, humaira, ziham, kita orang satu bilik apa lagi kemas-kemas barang then cabut gi pilih tandas untuk mandi malam, sempatlah jugak time tu kelam kabut pun ada, malam tu kami pakai baju kurung, lelaki mestilah pakai baju melayu kan.? semua cantik dan handsome. tiba masa untuk solat maghrib berjemaah bila semua dah sampai mulalah sembahyang. lepas sembahyang ada masa untuk tunggu solat isyak kami baca surah yassin,dah habis kita solat isyak.



seterusnya sesi ceramah bertajuk dari mana dan kemana akhirnya. di datangkan khas kami semua, seorang penceramah yang berpengalam selama 25 tahun, penceramah ni pernah ceramahkan orang yang hendak ke tali gantung,orang yang hendak kene sebat, orang yang berpenyakit HIV,  bakal-bakal guru-guru,jururawat dan ramai lagi,memang banyaklah sampai masuk tv pun ada kot, lagi pun beliau dari Jabatan Agama, beliau juga ada tangkap orang yang disyaki berkhalwat. beliau juga siap bawak speaker sendiri,pembantu kira memang awesome lah penceramah ni.  mula-mula ustaz bacakan hadis-hadis. belau banyak ceramah tentang seorang anak,ibu, ayahguru dan rakan. pasal anak kesahnya anak perlu buat ibu dan ayah bahagia gembira dan jangan benci atahu derhaka.ayah ayahlah yang bekerja keras untuk bagi kita makan tanpa janin ayah dan ibu bercantum mengikut kaedah sains kita tak dapat hidup didunia ini,guru disekolah selalu memarahi kita ,merotan kita tahu tak kenapa ? kerana guru hendak membetulkan kesilapan dan kesalahan yang kita buat, sepatutnya kita tidak boleh membenci guru sebab bila kita nak megejar cita-cita, tanpa ilmu yang guru berikan kita tidak tahu bagaimana caranya. rakan walaupun kita banyak buli kawan kita,bergurau dan dalam masa yang sama kita kena luangkan masa bersama dia untuk berkongsi masalah,perasaan dan ilmu.  ustaz ni ada tayngkan vidoe dengarkan lagu yang sangat menyentuh hati kami semua sehingga bila kita terkenangkan kesalahan yang pernah kita lakukan terhadap ibu,ayah,guru dan rakan. sambil tu ustaz ceritakan dan katakan kata-kata yang amat tersentuh. kami semua tak tahan lalu air mata jatuh tak kira lelaki atau perempuan. sy ada terasa ada guru mengusap badan sy,tenang rasaya. ustaz suruh semua berdiri buat bulatan untuk bersalam dengan guru dan meminta maaf atau doa atas kesilapan/keasalahan yang sengaja atau tidak sengaja, sebak memang sebak sambil tersedu, ustaz ni menyentuhkan hati guru juga sampai guru pun menangis. bila peluk ustazah sedihnya, ustazah dan guru semuanya nasihat jadi anak yang soleha dan baik, belajar bersungguh-sungguh dan insyaallal guru doakan kami semua. sambil tu kita semua dengar lagu akrab persahabatan. hermm nangis sambil pegang Faraha(she my b/friend). akhir sekali ustaz bacakan doa untuk kita semua. ni tekan link  http://www.youtube.com/watch?v=Q-pcvT16rnw


Dah abes dengar ceramah kene pergi kantin minum air teh dan makan roti. pastu gi toilet gosok gigi dan bersih, tidur lah. tapi memang tak boleh tidur sampai kol 2 lebih kot, rupa-rupaya ramai tak boleh tidur diaorang semua pejam mata ketat-ketat. akhirnya tertidur sebab nak bangun Qiamulail. :) : ) tak sabar ..


Kita semua bangun dalam kol 4 kot, dapat turun je tunggu sekejap dapatlah tandas untuk mandi. amek sembahyang sekali kemas  beg baju siap-siap lepastu gi surau.


Qiamulail nak sembahyang kene tidur dulu walaupun lima minit.solat sunat ni termasuklah solat sunat tahajud, hajat,taubat, tasbih, solat penutup, selepas tu solat subuh . dah selesai bersenam kat  tapak perhimpunan main lompat-lompat keekiri,kanan,depan dan belakang. susah jugaklah sampa menang dapat Rm 10. lepastu gi kantin sarapan makan nasi lemak dan minum air teh, relex-relex sekejap dok lepak kat depan bilik hem, dah lama siket baru naik dewan.


LDK latihan dalam kumpulan . kumpulan 1 dapat fasi bernama pn siti hajar kaunselor sekolah belah petang. kat situ kita perkenalkan diri dan buat rumusan. cikgu ada cerita kisah perempuan cantik . kisahnya si lelaki ni suka melihat mata perempuan ni , lelaki ni asyik ikut je perempuan ni,last sekali lelaki ni cakap matumu cantik, perempuan ni balik rumah dan letak sesuatu kedalam kotak dan beri kepada orang gaji untuk diberikan kepada lelaki tadi.lelaki tadi terkejut sebab dalam kotak tu ada mata perempuan tadi.kesimpulannya, perempuan tu taknak dapat dosa kerana kecantikan matanya oleh itu dia sanggup korek mata dia dan bagi kat lelaki tu. hermmm kita sebagai manusia tak boleh berlagak sombong dan bajet cantik atau ape-ape lah..


ni terakhir ceramah tentang ibu bapa dan anak kira macam wasiat tajuknya lah. ustaz ni datang dari jauh. ustaz ni banyak tayangkan video da sekali lagi buat kami menangis, sapa ibu bapa yang ada hadir mereka peluk dan cium. herm banyak kita semua dapat. kita dapat ilmu,kita dapat cara buat Qiamulail,  semangat setia kawan, menghormati guru dan macam-macam lagilah. kami semua membaca ikrar yang diketuai oleh ketua. last pengetua berucap, dapat sijil, kemas kerusi dan kelas then pergi kantin makan tengah hari. sampai rumah sembahyang zohor dan tidur.. 


Insyaallah syasya fizani akan melakukan Qiamulail dan menjadi orang yang baik kerana, orang baik akan dibalas baik. insyaallah doakan kejayaan SPM ya aminn. terima kasih kepasa ustaz dan ustazah yang telah merangka program ini, sy berharap program ini sentiasa dibuat disekolah.


klik ni dengarkanlah.. :  http://www.youtube.com/watch?v=WgPNEDB3TGw



nak pergi situ tapi terlambat sebab pergi sini

 assalamualaikum,,,,,,,aaaaaaaaaaa nak menjerit, sayang sebab tak dapat ikut cikgu Malini pergi jemputan kahwin cikgu Raidah kat DTJ, malam tanya cikgu, cikgu tak pasti lagi pergi ke tak pergi, harap-harap kalau pergi nak ekut tumpang lah kan, tapiiiiiiiiiiiiiii malam tu ada orang meninggal sepupu punya sepupu, so keesokkannya mestilah hari untuk dimandikkan,dikafankan,disembahyangkan dan dikebumikan. sya antara sepupu yang terdekat pergi lah melawat, kalau pergi melawat memanglah tak bawak phone memang terfikir nak bawak ke tak nak kalau bawak dapat tahu cikgu Malini reply text ke tak,dalam hati takpelah sempat kot baca bila dah balik, masa ikut melawat dapatlah tolong apa-apa yang patut,cuma dapat tolong hiris daun pandan je untuk letakkan dipusara. masa sedang hiris tu makngah panggil sera(sepupu) nak tengok tak? ape lagi cepat-cepatlah pergi atas akhirnya dapat tengok sekejap je lepas tu orang tu dah tutup. ada jugaklah adik-beradik si mati yang tak dapat balik dan tak dapat cium dahinya. selepas tu disembahyang,kiteorg tunggu kat bawah jengah kat atas dah selesai diturunkan dan dimasukkan kedalam van jenazah, sya,sera,wani naik kereta yayi pergi kubur, first time kot tengok orang kebumikan mayat. dalam hati YaAllah macam tu ke caranya, macam tu jugak ke aku nanti bila dah tak bernyawa.? terasa takut pun ada . masa orang tu dah turunkan mayat dan dah masukkan kedalam liang lahad kiteorang tengok je tunggu lama jugaklah,bila dah selesai sementara tu makngah ajak pergi kubur nyayi, sya dan sera pergi sambil bawak bunga untuk ditaburkan. arwah ibu dan nyayi dah 10 tahun pergi meninggalkan keluarga. pejam celik sekejap je kan masa berlalu,bila nak ingat balik masa dulu ingat-ingat lupa je sebab masa tu kecik lagi kan. herm tak sangka kita bersihkan kubur arwah nyayi, sedekahkan al-fatiha dan taburkan sedikit bunga yang telah dihiris. lepas tu sera, makngah , sya ayah dan mama pergi ke kubur arwah atuk kita semua bersihkan lah cabut pokok semalu yang dah mati tu, baca al-fatiha dapat lah juga taburkan sedikit bunga. lepas tu orang tu dah siapkan kubur tu sera dan makngah dipanggil sya pun ikut pergi sana , time tu mulalalah bacaan talkin, khusyuk masa dengar bacaan tu, dia ada baca tentang soalan yang akan ditanya semasa didalam kubur, orang tu bacakan soalan dan bacakan jawapan sekali, soalan tulah akan ditanya kepada kita jika kita telah meninggal dunia dan dimasukkan kedalalam liang lahad, dah habis baca talkin sya,ayah,mama pergi kubur arwah nyayi, kita semua bersihkan buang ranting-ranting. lepas tu ramai yang dah balik, ayah dah pergi lalu jalan bawah,sya time tu amek motor kat tepi tu,nasib baik time tu ada nenek tom lagi tengah tunggu pakngah,sempat jugaklah petik beberapa kuntum bunga yang berwarna putih untuk ditaburkan di atas pusara arwah ibu pulak, makngah cakap arwah ibu meninggal sama tahun dengan arwah nyayi masa tahun 2003, tapi arwah ibu yang meninggal dulu pada bulan Januari, tak lama lepas tu arwah nyayi meninggal pada bulan 6, sempat lah bersihkan sikit kubur arwah ibu taburkan bunga siket dah bacakan Al-fatiha lepas tu balik. sampai je rumah belum sempat masuk ayah pesan  basuh kaki dan amik air sembahyang lepastu masuk mandi. pergi kat handphone yang sedang charge tengok cikgu Malini ada text tanya nak pergi jemputan kahwin cikgu Raidah tak ?,  masa tu mesej pukul 10 lebih tapi sya balas dekat kot 11.30 jawab lah tak kesah kalau cikgu pergi sy nak ikut sy taknak menyusahkan cikgu. rupa-rupanyq cikgu pergi dan masa balas mesej ckg tu ckg dah nak gerak, hermm terkilan jugaklah sebab terlambat bagitahu yang sya nak pergi. tapi tak pelah sekurang-kurangnya sya dapat timba pengalaman untuk tahu cara  menguruskan jenazah.sya cakap kat cikgu malini cikgu nanti cikgu Aisyah kahwin kalau cikgu pergi sy nak ikut jugak hehhe frast sebab tak dapat ikut cikgu raidah kahwin. cikgu jawab insyaallah jika kita dipanjangkan umur kita pergi harap-harap dapat merasa pergi jeputan kahwin cikgu . herm macam tulah perjalan pada hari ahad 2.6.2013. marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatiha kepada arwah Malik bin Riduan yang telah meninggal dunia pada 1.6.2013, semoga  beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan tenang di alam sana. setiap yang hidup pasti akan mati cuma kita tak tahu bila kita menghembuskan nafas terakhir..

JDT luaskan kuasamu !!!!


JDT --> Johor Darul Takzim tempat kelahiran, tempat tinggal dan tempat satu-satunya menjadi pilihan.
banyak-banyak negeri, negeri Johorlah yang mempunyai sekolah darjah khas. ha tahu tak, sekolah darjah khas means sekolah selepas darjah 6. siapa dapat pangkat 1,2,3 dah boleh amek konvo, sultan yang suruh, beruntung duduk Johor beruntung juga sapa-sapa yang ada sijil darjah khas. sijil ni penting bila kita nak mohon kerja atau ape-ape lah. lagi 1 Sultan Johor lah sultan paling sempoi berpakaian, Sultan Johor sentiasa pakai-pakaian uniformnya.handsome tau. hehe. 

ekh balik pada cerita kita cerita game antara Johor lawan Pahang untuk menentukan siapa yang pergi final.  Johor pergi final awesome lah kan. herm terbaik, tengok ar pemainnya Safee sali, Mat yo, Aidil zaquan, L.Nunez dan lain-lain lagi. bila dikira banyak juga lah kan Johor kumpul goal, hentah lah tak tahu berapa.walaupun Pahang lawan JDT pahang 2 JDT 1 tapi kita dapat gi final.. ha final kita tengok JDT lawan Red Warrior. hope Johor menang. !!! terima kasih kepada penyokong JDT. terbaikk. sama-sama kita doa ok. !!

lagu JDT banyak dan semuanya best-best antaranya . 

Jom layan lirik Setia Bersama :

Ayuh Johor
Ayuh Johor
Luaskan Kuasamu Johor!
Kami ADA
Kami ADA
SETIA bersamamu Johor!
Ale ale ale ale
Ale ale ale ale

Segmen: Tingkatkan follower ke-xxxxx by N.A.D.I.A


                                                    Assalamualaikum. Klik link ya.

                                                     Jumlah follower : tiga puluh tiga (33)
                                      

 

© Intan Z 2012-2013