setahun sudah

hari jadi atuk.

assalamualaikum sy sebagai cucu masih ingat bahawasanya tepat jam 6.55 ptg pada hari sabtu arwah atuk hembuskan nafas terakhirnya di kediamannya. anak-anak atuk semua ada disisi atuk, kami semua sedekah surah yassin sepanjang masa, tetapi ada cucu atuk yg tak dapat bersama kami kak long dan keluarga tetapi mereka dah bersama kami melawat atuk dihospital sebelum hari atuk meninggal dunia. arwah atuk seorang yang baik, beriman dan tidak kedekut,kadang-kadang dia selalu bagi cucunya duit , kadang bila atuk berbelanja atuk suka belanja makan. makanan kegemaran atuk ialah rojak mi,atuk selalu order air  pepsi,sarsi air yg bergas tapi atuk suka tambah air batu san air masak . atuk seorang yg rendah sama tinggi dangan kakak kot baju atuk saiz M, anak-anak atuk selalu jugak bagi hadiah kain pelekat, baju kemeja kepada atuk, hadiah yang baru bagi ni tak tahulah atuk sempat pakai ke tidak.mungkin dah sedekahkan kat orang kot. ermm, petang-petang atuk suka duduk kat tembok halaman rumah, jalan-jalan sapu-sapu siket,tengok orang lalu lalang.atuk suka tengok berita dan ceramah ugama, kalau astro atuk tengok chanel art yang chanel arab tu. atuk tak suka tengok drama bosan kot. ntahlah. makan pulak mesti nak ade sambal tumis, penah sekali akk masakan atuk sambal tumis untuk atuk, atuk yg ajar tau hihi.atuk pesan kene rajin masak kemas rumah, bila akk masak atuk suka makan lagi-lagi asam pedas ikan ape-apelah. kalau akk masak kuih contoh kuih cara dua kali akak masak, atuk cakap sedap lah jugak tapi ade tertawar siket mungkin kuih tu lembut kot.haa warna kegemaran atuk warna hijau, sekarang stor yang atuk suruh buat kat belakang rumah ni dah siap stor nikan bewarna hijau tingkap ni pun warna hijau ayah cakap atuk kan suka warna hijau tu yang khas untuk atuk tu, tapi sayang atuk tak sempat tengok stor yang ayah buat sendiri ni, dalam stor ni penuh dengan barang keperluan alatan memasak,dan macam-macam lah, barang atuk kan banyak so sesuai lah tempat ni dijadikan tempat simpan barang, nak guna senang cari. akk masih ingat hari selasa malam tu atuk mintak abg cik goreng kentang atuk makan sebab atuk memang suka kentang goreng, hari rabu pagi atuk tengok cerama pagi dan bersarapan, atuk pasang radio, time tu akk tengah basuh kasot tiba -tiba nenek macam jerit panggil nama kakak bila akk keluar ya allah atuk jatuh dan terkena serangan strok, time tu pulak abg dan adik tak ada,nasib baik dalam kocek nenek ade handphone ape lagi akk talepon lah mama, bila abg dah balik akk suruh dia panggil jiran sebelah mintak tolong naseb baik cepat datang ayah dan jiran hantar atuk masuk dalam rumah sambil tu tunggu ambulans datang kakak talefon semua anak -anak atuk dekat malam ke keesokannya kot semua keluarga dah datang time tu atuk dah masuk dalam wad, bila kiteorg salam atuk tangan atuk mcm mengiggil dan dia genggam tangan kiteorg erat sangat macam tak nak lepas. semua anak-anak atuk dah kumpul kat hospital sebab doktor kene buat ape tah kat atuk malam tu jugak atuk dihantar ke hospital Jb untuk cek kot-kot ade ape-ape terjadi kat kepala, tapi doktor cakap tak pape. time tu sampailah hari jumaat atuk koma dan tak sedarkan diri, bila kiteorang melawat dan sedekah surah yasin akk macam ternampak air mata atuk mengalir. hari sabtu petang atuk dibawa pulang doktor  dan nurse keluarkan pelahan-lahan mcm batang paip dari mulut atuk dan akhirnya atuk hembuskan nafas terakhir jam 6.55 petang pada hari sabtu. hari ahad pagi auk dimandikkan ,dikafankan , disembahyangkan dan pagi itu atuk dikebumikan. sebelum tu kami semua cium dahi atuk, akk cium dua kali. sekarang genap setahun atuk meninggal dunia. AL-FATIHA..
daripada cucunda atuk: kakak Nursyasya fizani binti m halizan. kami semua merinduimu atuk semoga atuk tenang disana. aminn

No comments:

Post a Comment

 

© Intan Z 2012-2013