NURSYASYA FIZANI BINTI M HALIZAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada tarikh 17hb. Dis 1996, seorang bayi telah selamat dilahirkan pada waktu 1.22 pagi,jantina bayi ini ialah perempuan. Tempat kelahiran bayi ini ialah Hospital Segamat. Ibu kepada bayi ini ialah Hafizah binti Ruhaini @ Ruhani dan bapanya ialah M Halizan bin Kordi. Nama bayi perempuan ini ialah NURSYASYA FIZANI , NUR=cahaya , SYASYA=berseri-seri , FIZANI=fiza(ibu)zan(ayah)ani(yayi). masa kecik rambut bayi  ini rambutnya hitam pekat,lebat, kulit sedikit hitam coklat.Bayini comel dan cantik, kening dia sangat cantik. Ramai orang bertanya adakah ini kening yang bercukur? jawapannya bukan.

Sekarang Syasya dah berumur 16 tahun, dah besar panjang dah bolehla bergaya, tapi syasya seorang yang tidak pandai bermekap dan bergaya sakan. dia seorang yang simple dan biasa-biasa saja. terima seadanya. seorang yang minat akan perniagaan,jual-jual,berkenaan dengan masakan, jahitan dan lain-lain lagi. Syasya seorang yang berjimat cermat dan tidak suka membazir, kebiasaanya bila pergi ke shoping complex bawak duit dan akan membeli sesuatu, tapi syasya bawak duit tak beli apa-apa. Anak sulung daripada 3 adik beradik, adik-adik lelaki.MOHD SYARIZ dan MUHAMAD IZZ HARITH. Ayah bernama M HALIZAN, mama bernama MISRAH.

Hari isnin, 17.12.2012, hari jadi Syasya, harijadi seorang gadis yang serba sederhana dan tidak meminta apa-apa pada tarikh kelahiran, bersikap penyabar atas dugaan yang dihadapi pada tarikh kelahiran, sesiapa akan bergembira,bergelak ketawa, bercakap apa-apa, menjamu selera sedap-sedap belaka,layanan seperti raja, tapi saya. serba sederhana,bersabar dan senyap seribu bahasa. sedih,gembira ada juga. tetapi nak buat macamana hari saya. Saya bersyukur masih hidup di dunia sehinga berumur 16 tahun, tahun depan 17 dan akan menduduki SPM, saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga atas penjagaan makan minum tempat tinggal pakaian saya.

Maxix kan bagi call free tiap kali birthday, apalagi call lah kawan-kawan yang bernombor maxix yang ada didalam talefon bimbit ni, maklumlah talefon sy rosak jadi terpaksalah guna talefon lain tu yang no kawan-kawan lain ntah kemana tak dapat nak contact almaklumlah. Bila talifon kawan-kawan gembira lah juga dapat kongsi-kongsi cerita dan apa-apa lah. ada seorang kawan bernama SITI HUMAIRAH dia orang pertama yang nyayikan lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOU, sy nangis sebab terharu. kawan-kawan lain ok juga.

Kawan-kawan facebook terima kasih banyak-banyak sebab sudi mengwish hari jadi saya, terharu dan teruja ada juga, yang sedih kawan yang kita kenal tak cakap apa-apa. apapun terima kasih lah kawan-kawan. tak harapkan apa-apa sebenarnya, hanyalah keikhlasan sahaja.

ALHAMDULILLAH, sampai disini sahaja pada tarikh kelahiran saya 17.12.12, saya bersyukur sebab dilahirkan pada tarikh ini, saya menganggap tarikh ini, tarikh bertuah saya. Terima kasih ibu dan ayah lahirka saya, terima kasih YaAllah lahirkan saya didunia. Semoga kata-kata selamat dan doa daripada mama,ayah,makcik,pakcik,kawan-kawan diberkati dan dimakbulkan. Aminn. SYUKRAN.

No comments:

Post a Comment

 

© Intan Z 2012-2013