Kek Batik biskut Marie

hai assalamualaikum, saya masak kek batik biskut marie, herm seronok dapat buat sama-sama dengan adik, korang mesti selalu buatkan? saya kali kedua buat kek batik ini, dulu masa form 2 ada buat sekali tapi sedih tak jadi  keras seperti batu hehe. tapi kali ini kek batik syasya nampaknya jadi, yes!! berjaya. kebetulan ada biskut marie mak usu Emi beli, terfikir lah nak buat kek batik ni. hihi terima kasih mak usu, bahan-bahan yang saya beli pakai duit poket saya ialah milo rm4.50, dan susu cair rm2.80. bahan-bahan yang lain tak beli sebab dah ada kat rumah, amek siket nenek punya majerin,serbok koko dan gula, itu aja bahan-bahannya tak banyak pun. nak tahu resepi kek batik biskut marie ni?

Bahan-bahan :
1) 250g majerin – free dari dapur
2) 1 paket kecik milo – RM 4.50
3) 1 tin susu cair Carnation  - RM2.80
4) 2 sudu besar serbuk koko – free dari dapur
5) 2 sudu besar gula – free dari dapur
5) 300gm Biskut Marie Munchy’s – RM3.60
Cara membuatnya :
1) Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan api perlahan kecuali biskut Marie.
2) Kacau semua bahan tadi sehingga pekat.
3) Tutup api. Masukkan biskut Marie dan kacau hingga sebati.
4) Masukkan ke dalam loyang atau tupperware dan mampatkan.
5) Masukkan dalam peti sejuk untuk lebih best ,keras dan makan!

.
saya ikut resepini, tak susahlah sayang, cubalah buat untuk tambah pengalaman, siket je modal tak banyak, ada masa buatlah lagi kan makan sama-sama sharing-sharing.

NURSYASYA FIZANI BINTI M HALIZAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada tarikh 17hb. Dis 1996, seorang bayi telah selamat dilahirkan pada waktu 1.22 pagi,jantina bayi ini ialah perempuan. Tempat kelahiran bayi ini ialah Hospital Segamat. Ibu kepada bayi ini ialah Hafizah binti Ruhaini @ Ruhani dan bapanya ialah M Halizan bin Kordi. Nama bayi perempuan ini ialah NURSYASYA FIZANI , NUR=cahaya , SYASYA=berseri-seri , FIZANI=fiza(ibu)zan(ayah)ani(yayi). masa kecik rambut bayi  ini rambutnya hitam pekat,lebat, kulit sedikit hitam coklat.Bayini comel dan cantik, kening dia sangat cantik. Ramai orang bertanya adakah ini kening yang bercukur? jawapannya bukan.

Sekarang Syasya dah berumur 16 tahun, dah besar panjang dah bolehla bergaya, tapi syasya seorang yang tidak pandai bermekap dan bergaya sakan. dia seorang yang simple dan biasa-biasa saja. terima seadanya. seorang yang minat akan perniagaan,jual-jual,berkenaan dengan masakan, jahitan dan lain-lain lagi. Syasya seorang yang berjimat cermat dan tidak suka membazir, kebiasaanya bila pergi ke shoping complex bawak duit dan akan membeli sesuatu, tapi syasya bawak duit tak beli apa-apa. Anak sulung daripada 3 adik beradik, adik-adik lelaki.MOHD SYARIZ dan MUHAMAD IZZ HARITH. Ayah bernama M HALIZAN, mama bernama MISRAH.

Hari isnin, 17.12.2012, hari jadi Syasya, harijadi seorang gadis yang serba sederhana dan tidak meminta apa-apa pada tarikh kelahiran, bersikap penyabar atas dugaan yang dihadapi pada tarikh kelahiran, sesiapa akan bergembira,bergelak ketawa, bercakap apa-apa, menjamu selera sedap-sedap belaka,layanan seperti raja, tapi saya. serba sederhana,bersabar dan senyap seribu bahasa. sedih,gembira ada juga. tetapi nak buat macamana hari saya. Saya bersyukur masih hidup di dunia sehinga berumur 16 tahun, tahun depan 17 dan akan menduduki SPM, saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga atas penjagaan makan minum tempat tinggal pakaian saya.

Maxix kan bagi call free tiap kali birthday, apalagi call lah kawan-kawan yang bernombor maxix yang ada didalam talefon bimbit ni, maklumlah talefon sy rosak jadi terpaksalah guna talefon lain tu yang no kawan-kawan lain ntah kemana tak dapat nak contact almaklumlah. Bila talifon kawan-kawan gembira lah juga dapat kongsi-kongsi cerita dan apa-apa lah. ada seorang kawan bernama SITI HUMAIRAH dia orang pertama yang nyayikan lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOU, sy nangis sebab terharu. kawan-kawan lain ok juga.

Kawan-kawan facebook terima kasih banyak-banyak sebab sudi mengwish hari jadi saya, terharu dan teruja ada juga, yang sedih kawan yang kita kenal tak cakap apa-apa. apapun terima kasih lah kawan-kawan. tak harapkan apa-apa sebenarnya, hanyalah keikhlasan sahaja.

ALHAMDULILLAH, sampai disini sahaja pada tarikh kelahiran saya 17.12.12, saya bersyukur sebab dilahirkan pada tarikh ini, saya menganggap tarikh ini, tarikh bertuah saya. Terima kasih ibu dan ayah lahirka saya, terima kasih YaAllah lahirkan saya didunia. Semoga kata-kata selamat dan doa daripada mama,ayah,makcik,pakcik,kawan-kawan diberkati dan dimakbulkan. Aminn. SYUKRAN.

1/2/34 hijrah, Hari Jumaat

 Assalamualaikum, hari ini 1/2/34 hijrah,,Cantik sungguh tarikh ni jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari.Subhanaallah Walhamdulillah WalailaHailallah Allahuakbar. :)  hari jumaat hari yang baik, penghulu segala hari, hari jumaat juga akan berlakunya hari kiamat tapi kita tidak tahu bilakah dunia akan kiamat, Masyaallah,Nauzubillah..  kadang-kadang akan ada orang meninggal pada hari jumaat kan.sedihnya? YaAllah bilakah tarikh,hari,masa,tempat aku meninggal. kita semua tidak tahu akan hal ini,hanya Allah sahaja yang menetapkan,. hari jumaat juga mungkin akan ada orang melangsungkan pernikahan kan?seronoknya. YaAllah bilakah akan aku menikah,dan siapakah bakal suamiku YaAllah,aku harap dia seorang yang beriman dan yang mampu tunjukan aku kejalan yang benar, kita semua tidak tahu akan hal ini,hanya Allah sahaja yang menenetapkan siapakah bakal suami kita, orang yang baik akan berpasangan dengan orang yang baik ,insyaallah,. pada hari jumaat kaum lelaki akan pergi ke masjid untuk solat jumaat,kaum perempuan ada juga ke yang pergi? saya teringin untuk pergi ke masjid untuk solat berjemaah tapi apakan daya rumah saya jauh lah jugak kalau boleh nak pergi dengan berjalan kaki, lebih berganda pahalanya kan?  hari jumaat hari yang best,tenang,sejuk,hujan,selesa dan baik. Baiklah sampai disini sahaja entri saya lainkali saya update lagi. 

doa ~


DOA-DOA DALAM SEMANIS KURMA :

1.Doa Agar Anak Cepat Cerdik :SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.
2.Doa Agar Anak Taat Pada Allah : AL-BAQARAH AYAT 128.
3.Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh : ALI IMRAN AYAT 38.
...
4. Doa Lembut Hati : SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.
5. Doa Kasih Sayang Suami Isteri Bahagia : SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI IMRAN AYAT 31.
 

© Intan Z 2012-2013