sy nak cemerlang

Cemerlang dengan menjadi global champion
Islam adalah agama ciptaan Tuhan. Justeru ia adalah agama yang hebat. Individu yang mengenali islam secara yang betul akan berasa izzah atau mulia dengan islam. Apabila orang itu berasa mulia dengan islam, hidupnya menjadi lebih terarah. Segala aktiviti dalam hidupnya akan dijuruskan bagi menjadikan individu itu mengasihi yang makruf dan membenci yang mungkar. Justeru, pastikan kita mengenali islam secara yang betul. Utamakan inovasi dan kualiti dalam hidup. Jangan lupa menceritakan keindahan islam kepada orang bukan islam,di dalam dan di luar Negara, “kita adalah golongan yang dimuliakan Allah dengan islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan yang lain daripada islam, Allah timpakan kehinaan ke atas kita”.

Karisma diri
KARISMA DALAM DIRI. Bahan ini adalah sumber utama pembinaan karisma. Tidak ada perubahan sebenar dalam diri individu apabila ia datang daripada tekanan luaran. Hanya dengan perubahan dari dalam keluar sahaja mampu membina karisma diri yang sebenar dan mapan. Ia adalah pusat bagi segala-galanya dalam membina karisma. Ia adalah pusat bagi segala-galanya dalam membina karisma dalam diri dahulu, ia berkembang kepada hal ehwal kepimpinan, pengurusan dan perhubungan penampilan.
KARISMA DALAM PERHUBUNGAN. Karisma terletak pada mata yang memandang. Pemimpin yang berpengaruh memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik. Bermula daripada mencipta impresi pertama, berucap di khalayak ramai dan lain-lain lagi.
KARISMA DALAM KEPIMPINAN. Karisma selalunya dikaitkan dengan kepimpinan. Kepimpinan yang dimaksudkan adalah kesediaan memimpin organisasi kea rah objektif yang disasarkan. Bermula dari syarikat utama menjadi pemimpin iaitu kredibiliti dan kepercayaan.
KARISMA DALAM PENGURUSAN. Mencari cara yang lebih baik adalah tujuan membina karisma dalam organisasi. Mengurus organisasi berbeza dengan memimpin organisasi. Ia melibatka n system dalam organisasi. Seperti jua karisma dalam kepimpinan, pembinaan karisma berasa dalam jengka masa transformasi dari karisma yang bersifat peribadi organisasi.
KARISMA DALAM PENAMPILAN. Ini adalah factor membina karisma yang bersifat luaran. Penampilan yang baik memberikan pengaruh besar pada pandangan orang berkenaan diri anda. Mereka yang kemas dan terurus dianggap sebagai bertanggung jawab dan boleh dipercayai. Ia menekankan kepada kebijaksanaan dalam etika social dan penampilan peribadi.

KEBIJAKSANAAN EMOSI
Tip-tip membina kebijaksanaan emosi :
·         Amalkan selawat ke atas nabi Muhammad.
·         Apabila anda marah, cuba tidak berkata dan melakukan apa-apa.
·         Jika anda marah, selurkan tenaga anda itu kepada perkara yang berhasil.
·         Luahkan perasaan anda dengan cara yang kreatif.

No comments:

Post a Comment

 

© Intan Z 2012-2013