Mengenali kehidupan iblis dan syaitan. :

Mengenali kehidupan iblis dan syaitan. :
tempat tinggal: bilik mandi,
majlis : pasar-pasar dan tempat orang berkumpul dijalan- jalan,
makanan : makanan manusia yang tidak disebut pada nama
Allah,
minuman : minuman memabukkan seperti arak,
azan : seruling,terompet dan alat muzik yang seumpanya,
kitab : tatu pada badan,
hadis : bohong,
buruan : wanita.

#sekadar pengetahuan untuk kawan-kawan.

Istanbul aku datanggg tengok. !!


Istanbul istanbul, kota raya yang sangat padat, permandangan yang sangat cantik dan indah. hermmm nak pergi istanbul laa boleh tak? nak belajar kat sana,insyaallah.. istanbul best aku nak datanggggg..
lisa,beto,tomok,aizat belakon kat istanbul? wah seronok kan dapat cuci-cuci mata. btw certita istanbul aku datang best,terbaik wok.!!

si Dian datang Istanbul nak jumpa boyfriend dia sambil sambung belajar, dia pasang impian nak amek gambar kahwin kat istabul,tengoklah tempat dia cantik sangat kan. dian datang rumah si Azad(tomok) untuk tumpang bermalam,keesokanya azad suruh dian cari rumah baru untuk dian pindah. dian jumpa lah jiran yang tolong dia mase mula-mula sampai,jiran dia ni tipu sebenarnya dia bagi sewa rumah yang dah berpunya kepada dian, dian ingat dia sorong rupa-rupanya ade orang, jadinya dia ade housemate lelakilah, terkezooot mereka.haha kesian kongsi rumah. mereka asyik bergaduh je. dian lapar dia ternampak maggi asam laksa harris (beto) punya tinggal satu je, dia main makan je. kesian harris tak dapat makan. harris merajuk. dian jumpa ijoi tanya kot-kot ade orang Malaysia jual maggi,ternyata ada. dian cuba pujuk si harris akhirnya ok la. azad datang rumah dian tiba-tiba dia ternampak lelaki dalam rumah tu,mereka ape lagi bergaduhlah,then clash. dian nak balek Malaysia, harris ajak dian jalan-jalan kat istanbul,mereka seronok sangat. tima mereka dah balek, azad tunggu dian azad melamar dian,dian terima. esok pagi masa dian nak balek harris sedih, harris kejar dian pujuk agak tak payah balek Malaysia, akhirnya Dian dan Harris kahwin kat istanbul dan bergambar kat istanbul. mereka comel sweet sangat.

#mak uda,mak usu,pak usu,kak shira dan syasya. kami tengok sama-sama. isnin 8.45p.m. bestt

sy nak cemerlang

Cemerlang dengan menjadi global champion
Islam adalah agama ciptaan Tuhan. Justeru ia adalah agama yang hebat. Individu yang mengenali islam secara yang betul akan berasa izzah atau mulia dengan islam. Apabila orang itu berasa mulia dengan islam, hidupnya menjadi lebih terarah. Segala aktiviti dalam hidupnya akan dijuruskan bagi menjadikan individu itu mengasihi yang makruf dan membenci yang mungkar. Justeru, pastikan kita mengenali islam secara yang betul. Utamakan inovasi dan kualiti dalam hidup. Jangan lupa menceritakan keindahan islam kepada orang bukan islam,di dalam dan di luar Negara, “kita adalah golongan yang dimuliakan Allah dengan islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan yang lain daripada islam, Allah timpakan kehinaan ke atas kita”.

Karisma diri
KARISMA DALAM DIRI. Bahan ini adalah sumber utama pembinaan karisma. Tidak ada perubahan sebenar dalam diri individu apabila ia datang daripada tekanan luaran. Hanya dengan perubahan dari dalam keluar sahaja mampu membina karisma diri yang sebenar dan mapan. Ia adalah pusat bagi segala-galanya dalam membina karisma. Ia adalah pusat bagi segala-galanya dalam membina karisma dalam diri dahulu, ia berkembang kepada hal ehwal kepimpinan, pengurusan dan perhubungan penampilan.
KARISMA DALAM PERHUBUNGAN. Karisma terletak pada mata yang memandang. Pemimpin yang berpengaruh memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik. Bermula daripada mencipta impresi pertama, berucap di khalayak ramai dan lain-lain lagi.
KARISMA DALAM KEPIMPINAN. Karisma selalunya dikaitkan dengan kepimpinan. Kepimpinan yang dimaksudkan adalah kesediaan memimpin organisasi kea rah objektif yang disasarkan. Bermula dari syarikat utama menjadi pemimpin iaitu kredibiliti dan kepercayaan.
KARISMA DALAM PENGURUSAN. Mencari cara yang lebih baik adalah tujuan membina karisma dalam organisasi. Mengurus organisasi berbeza dengan memimpin organisasi. Ia melibatka n system dalam organisasi. Seperti jua karisma dalam kepimpinan, pembinaan karisma berasa dalam jengka masa transformasi dari karisma yang bersifat peribadi organisasi.
KARISMA DALAM PENAMPILAN. Ini adalah factor membina karisma yang bersifat luaran. Penampilan yang baik memberikan pengaruh besar pada pandangan orang berkenaan diri anda. Mereka yang kemas dan terurus dianggap sebagai bertanggung jawab dan boleh dipercayai. Ia menekankan kepada kebijaksanaan dalam etika social dan penampilan peribadi.

KEBIJAKSANAAN EMOSI
Tip-tip membina kebijaksanaan emosi :
·         Amalkan selawat ke atas nabi Muhammad.
·         Apabila anda marah, cuba tidak berkata dan melakukan apa-apa.
·         Jika anda marah, selurkan tenaga anda itu kepada perkara yang berhasil.
·         Luahkan perasaan anda dengan cara yang kreatif.
 

© Intan Z 2012-2013