-CNYMY-




assalamualaikum kepada bloggers kat alam maya ini. Hari ini sya nak berkongsi cerita tentang CNYMY.

CNYMY ni seorang Cikgu yang bernama Nor Yusziana Mohd Yussof. Beliau seorang guru yang berdedikasi,tegas 'garang la jugak', suka begurau 'ada tempatnya' dan juga baik hati. Beliau banyak tolong syadalam pembelajaran Ekonomi Asas. Beliau telah mendidik ramai pelajar di SMK Paduka Tuan yang semakin meningkat namanya sekolah yang mendapat SPSK 97% (sekolah 5 stars) seterusnya mendapat penawaran baru (new deal). Sekolah sya juga mendapat Anugerah Sekolah Cemerlang kategori Lonjakan Saujana bagi keputusan PMR dan SPM yang meningkat sebayak 20 % keeatas.. Tidak lupa juga peperiksaan STPM yang telah 6 tahun berturut-turut lulus. Sya dan warga SMK Paduka Tuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus lumus menaikkan prestasi sekolah dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada Tuanh Haji Mohamed Kassim bin Abdul Latiff dan para pentadbir SMK Paduka Tuan.

opsss terlebih sudah ! hee :) sambung balik pasal CNYMY. First sya dan kawan sya jumpa cikgu yus pada tahun 2009 di kelas 1 Budi. Banyak kenangan manis dan pahit terpahat di hati sya yang paling membanggakan sya dan kawan dapat A dalam mata pelajaran cikgu yus ajar (bahasa melayu) pada peperiksaan akhit tahun. Tidak lupa jugak kelas sya mendapat kelas terbersih dan terceria secara berturut-turut atas ketegasan dan kretiviti cikgu dalam menghias kelas 1 Budi 2009. Pelajar 1 Budi mendapat berita gembira bahawa kelas 2 Budi dan cikgu yus dinaikkan ke sesi pagi. Apalagi kitaorang gembirala la.. tapi sayang masa tingkatan 2 Budi cikgu yus tak mengajar kami..:(

Pada tahun ni, sya belajar di kelas 4Akaun. Sya mengambil 9 subjek dan salah satunya ialah Ekonomi Asas. Tak sangka pulak cikgu yus yang ajar EA alhamdulillah, saya suka saya suka. Baru-baru ni sya periksa dan dapat A dalam ekonomi asas alhamdulillah.. Tak sangka lagi yang tahun ni, bulan ni, minggu ni, hari ni yang cikgu yus tidak mengajar lagi di SMK Paduka Tuan,kerana berpindah. tak mengajar lagi kelas ekonomi asas 4AC, sedih... :')
semalam cikgu yus ada berucap di perhimpunan, tiba-tiba mutiara jernih sya jatuh menyentuh pipi. Sya tersentuh yang cikgu banyak berpesan agar semua pelajar belajar bersungguh-sungguh. Insyallah sya akan belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Amin.

SYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU YUSZIANA ATAS JASA DAN TUNJUK AJAR CIKGU. SEMOGA CIKGU PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI AMIN . SEKIAN SALAM SAYANG DARIPADA NURSYASYA FIZANI BINTI M HALIZAN.
 

© Intan Z 2012-2013