Kek Batik biskut Marie

hai assalamualaikum, saya masak kek batik biskut marie, herm seronok dapat buat sama-sama dengan adik, korang mesti selalu buatkan? saya kali kedua buat kek batik ini, dulu masa form 2 ada buat sekali tapi sedih tak jadi  keras seperti batu hehe. tapi kali ini kek batik syasya nampaknya jadi, yes!! berjaya. kebetulan ada biskut marie mak usu Emi beli, terfikir lah nak buat kek batik ni. hihi terima kasih mak usu, bahan-bahan yang saya beli pakai duit poket saya ialah milo rm4.50, dan susu cair rm2.80. bahan-bahan yang lain tak beli sebab dah ada kat rumah, amek siket nenek punya majerin,serbok koko dan gula, itu aja bahan-bahannya tak banyak pun. nak tahu resepi kek batik biskut marie ni?

Bahan-bahan :
1) 250g majerin – free dari dapur
2) 1 paket kecik milo – RM 4.50
3) 1 tin susu cair Carnation  - RM2.80
4) 2 sudu besar serbuk koko – free dari dapur
5) 2 sudu besar gula – free dari dapur
5) 300gm Biskut Marie Munchy’s – RM3.60
Cara membuatnya :
1) Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan api perlahan kecuali biskut Marie.
2) Kacau semua bahan tadi sehingga pekat.
3) Tutup api. Masukkan biskut Marie dan kacau hingga sebati.
4) Masukkan ke dalam loyang atau tupperware dan mampatkan.
5) Masukkan dalam peti sejuk untuk lebih best ,keras dan makan!

.
saya ikut resepini, tak susahlah sayang, cubalah buat untuk tambah pengalaman, siket je modal tak banyak, ada masa buatlah lagi kan makan sama-sama sharing-sharing.

NURSYASYA FIZANI BINTI M HALIZAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada tarikh 17hb. Dis 1996, seorang bayi telah selamat dilahirkan pada waktu 1.22 pagi,jantina bayi ini ialah perempuan. Tempat kelahiran bayi ini ialah Hospital Segamat. Ibu kepada bayi ini ialah Hafizah binti Ruhaini @ Ruhani dan bapanya ialah M Halizan bin Kordi. Nama bayi perempuan ini ialah NURSYASYA FIZANI , NUR=cahaya , SYASYA=berseri-seri , FIZANI=fiza(ibu)zan(ayah)ani(yayi). masa kecik rambut bayi  ini rambutnya hitam pekat,lebat, kulit sedikit hitam coklat.Bayini comel dan cantik, kening dia sangat cantik. Ramai orang bertanya adakah ini kening yang bercukur? jawapannya bukan.

Sekarang Syasya dah berumur 16 tahun, dah besar panjang dah bolehla bergaya, tapi syasya seorang yang tidak pandai bermekap dan bergaya sakan. dia seorang yang simple dan biasa-biasa saja. terima seadanya. seorang yang minat akan perniagaan,jual-jual,berkenaan dengan masakan, jahitan dan lain-lain lagi. Syasya seorang yang berjimat cermat dan tidak suka membazir, kebiasaanya bila pergi ke shoping complex bawak duit dan akan membeli sesuatu, tapi syasya bawak duit tak beli apa-apa. Anak sulung daripada 3 adik beradik, adik-adik lelaki.MOHD SYARIZ dan MUHAMAD IZZ HARITH. Ayah bernama M HALIZAN, mama bernama MISRAH.

Hari isnin, 17.12.2012, hari jadi Syasya, harijadi seorang gadis yang serba sederhana dan tidak meminta apa-apa pada tarikh kelahiran, bersikap penyabar atas dugaan yang dihadapi pada tarikh kelahiran, sesiapa akan bergembira,bergelak ketawa, bercakap apa-apa, menjamu selera sedap-sedap belaka,layanan seperti raja, tapi saya. serba sederhana,bersabar dan senyap seribu bahasa. sedih,gembira ada juga. tetapi nak buat macamana hari saya. Saya bersyukur masih hidup di dunia sehinga berumur 16 tahun, tahun depan 17 dan akan menduduki SPM, saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga atas penjagaan makan minum tempat tinggal pakaian saya.

Maxix kan bagi call free tiap kali birthday, apalagi call lah kawan-kawan yang bernombor maxix yang ada didalam talefon bimbit ni, maklumlah talefon sy rosak jadi terpaksalah guna talefon lain tu yang no kawan-kawan lain ntah kemana tak dapat nak contact almaklumlah. Bila talifon kawan-kawan gembira lah juga dapat kongsi-kongsi cerita dan apa-apa lah. ada seorang kawan bernama SITI HUMAIRAH dia orang pertama yang nyayikan lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOU, sy nangis sebab terharu. kawan-kawan lain ok juga.

Kawan-kawan facebook terima kasih banyak-banyak sebab sudi mengwish hari jadi saya, terharu dan teruja ada juga, yang sedih kawan yang kita kenal tak cakap apa-apa. apapun terima kasih lah kawan-kawan. tak harapkan apa-apa sebenarnya, hanyalah keikhlasan sahaja.

ALHAMDULILLAH, sampai disini sahaja pada tarikh kelahiran saya 17.12.12, saya bersyukur sebab dilahirkan pada tarikh ini, saya menganggap tarikh ini, tarikh bertuah saya. Terima kasih ibu dan ayah lahirka saya, terima kasih YaAllah lahirkan saya didunia. Semoga kata-kata selamat dan doa daripada mama,ayah,makcik,pakcik,kawan-kawan diberkati dan dimakbulkan. Aminn. SYUKRAN.

1/2/34 hijrah, Hari Jumaat

 Assalamualaikum, hari ini 1/2/34 hijrah,,Cantik sungguh tarikh ni jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari.Subhanaallah Walhamdulillah WalailaHailallah Allahuakbar. :)  hari jumaat hari yang baik, penghulu segala hari, hari jumaat juga akan berlakunya hari kiamat tapi kita tidak tahu bilakah dunia akan kiamat, Masyaallah,Nauzubillah..  kadang-kadang akan ada orang meninggal pada hari jumaat kan.sedihnya? YaAllah bilakah tarikh,hari,masa,tempat aku meninggal. kita semua tidak tahu akan hal ini,hanya Allah sahaja yang menetapkan,. hari jumaat juga mungkin akan ada orang melangsungkan pernikahan kan?seronoknya. YaAllah bilakah akan aku menikah,dan siapakah bakal suamiku YaAllah,aku harap dia seorang yang beriman dan yang mampu tunjukan aku kejalan yang benar, kita semua tidak tahu akan hal ini,hanya Allah sahaja yang menenetapkan siapakah bakal suami kita, orang yang baik akan berpasangan dengan orang yang baik ,insyaallah,. pada hari jumaat kaum lelaki akan pergi ke masjid untuk solat jumaat,kaum perempuan ada juga ke yang pergi? saya teringin untuk pergi ke masjid untuk solat berjemaah tapi apakan daya rumah saya jauh lah jugak kalau boleh nak pergi dengan berjalan kaki, lebih berganda pahalanya kan?  hari jumaat hari yang best,tenang,sejuk,hujan,selesa dan baik. Baiklah sampai disini sahaja entri saya lainkali saya update lagi. 

doa ~


DOA-DOA DALAM SEMANIS KURMA :

1.Doa Agar Anak Cepat Cerdik :SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.
2.Doa Agar Anak Taat Pada Allah : AL-BAQARAH AYAT 128.
3.Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh : ALI IMRAN AYAT 38.
...
4. Doa Lembut Hati : SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.
5. Doa Kasih Sayang Suami Isteri Bahagia : SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI IMRAN AYAT 31.

Mengenali kehidupan iblis dan syaitan. :

Mengenali kehidupan iblis dan syaitan. :
tempat tinggal: bilik mandi,
majlis : pasar-pasar dan tempat orang berkumpul dijalan- jalan,
makanan : makanan manusia yang tidak disebut pada nama
Allah,
minuman : minuman memabukkan seperti arak,
azan : seruling,terompet dan alat muzik yang seumpanya,
kitab : tatu pada badan,
hadis : bohong,
buruan : wanita.

#sekadar pengetahuan untuk kawan-kawan.

Istanbul aku datanggg tengok. !!


Istanbul istanbul, kota raya yang sangat padat, permandangan yang sangat cantik dan indah. hermmm nak pergi istanbul laa boleh tak? nak belajar kat sana,insyaallah.. istanbul best aku nak datanggggg..
lisa,beto,tomok,aizat belakon kat istanbul? wah seronok kan dapat cuci-cuci mata. btw certita istanbul aku datang best,terbaik wok.!!

si Dian datang Istanbul nak jumpa boyfriend dia sambil sambung belajar, dia pasang impian nak amek gambar kahwin kat istabul,tengoklah tempat dia cantik sangat kan. dian datang rumah si Azad(tomok) untuk tumpang bermalam,keesokanya azad suruh dian cari rumah baru untuk dian pindah. dian jumpa lah jiran yang tolong dia mase mula-mula sampai,jiran dia ni tipu sebenarnya dia bagi sewa rumah yang dah berpunya kepada dian, dian ingat dia sorong rupa-rupanya ade orang, jadinya dia ade housemate lelakilah, terkezooot mereka.haha kesian kongsi rumah. mereka asyik bergaduh je. dian lapar dia ternampak maggi asam laksa harris (beto) punya tinggal satu je, dia main makan je. kesian harris tak dapat makan. harris merajuk. dian jumpa ijoi tanya kot-kot ade orang Malaysia jual maggi,ternyata ada. dian cuba pujuk si harris akhirnya ok la. azad datang rumah dian tiba-tiba dia ternampak lelaki dalam rumah tu,mereka ape lagi bergaduhlah,then clash. dian nak balek Malaysia, harris ajak dian jalan-jalan kat istanbul,mereka seronok sangat. tima mereka dah balek, azad tunggu dian azad melamar dian,dian terima. esok pagi masa dian nak balek harris sedih, harris kejar dian pujuk agak tak payah balek Malaysia, akhirnya Dian dan Harris kahwin kat istanbul dan bergambar kat istanbul. mereka comel sweet sangat.

#mak uda,mak usu,pak usu,kak shira dan syasya. kami tengok sama-sama. isnin 8.45p.m. bestt

sy nak cemerlang

Cemerlang dengan menjadi global champion
Islam adalah agama ciptaan Tuhan. Justeru ia adalah agama yang hebat. Individu yang mengenali islam secara yang betul akan berasa izzah atau mulia dengan islam. Apabila orang itu berasa mulia dengan islam, hidupnya menjadi lebih terarah. Segala aktiviti dalam hidupnya akan dijuruskan bagi menjadikan individu itu mengasihi yang makruf dan membenci yang mungkar. Justeru, pastikan kita mengenali islam secara yang betul. Utamakan inovasi dan kualiti dalam hidup. Jangan lupa menceritakan keindahan islam kepada orang bukan islam,di dalam dan di luar Negara, “kita adalah golongan yang dimuliakan Allah dengan islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan yang lain daripada islam, Allah timpakan kehinaan ke atas kita”.

Karisma diri
KARISMA DALAM DIRI. Bahan ini adalah sumber utama pembinaan karisma. Tidak ada perubahan sebenar dalam diri individu apabila ia datang daripada tekanan luaran. Hanya dengan perubahan dari dalam keluar sahaja mampu membina karisma diri yang sebenar dan mapan. Ia adalah pusat bagi segala-galanya dalam membina karisma. Ia adalah pusat bagi segala-galanya dalam membina karisma dalam diri dahulu, ia berkembang kepada hal ehwal kepimpinan, pengurusan dan perhubungan penampilan.
KARISMA DALAM PERHUBUNGAN. Karisma terletak pada mata yang memandang. Pemimpin yang berpengaruh memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik. Bermula daripada mencipta impresi pertama, berucap di khalayak ramai dan lain-lain lagi.
KARISMA DALAM KEPIMPINAN. Karisma selalunya dikaitkan dengan kepimpinan. Kepimpinan yang dimaksudkan adalah kesediaan memimpin organisasi kea rah objektif yang disasarkan. Bermula dari syarikat utama menjadi pemimpin iaitu kredibiliti dan kepercayaan.
KARISMA DALAM PENGURUSAN. Mencari cara yang lebih baik adalah tujuan membina karisma dalam organisasi. Mengurus organisasi berbeza dengan memimpin organisasi. Ia melibatka n system dalam organisasi. Seperti jua karisma dalam kepimpinan, pembinaan karisma berasa dalam jengka masa transformasi dari karisma yang bersifat peribadi organisasi.
KARISMA DALAM PENAMPILAN. Ini adalah factor membina karisma yang bersifat luaran. Penampilan yang baik memberikan pengaruh besar pada pandangan orang berkenaan diri anda. Mereka yang kemas dan terurus dianggap sebagai bertanggung jawab dan boleh dipercayai. Ia menekankan kepada kebijaksanaan dalam etika social dan penampilan peribadi.

KEBIJAKSANAAN EMOSI
Tip-tip membina kebijaksanaan emosi :
·         Amalkan selawat ke atas nabi Muhammad.
·         Apabila anda marah, cuba tidak berkata dan melakukan apa-apa.
·         Jika anda marah, selurkan tenaga anda itu kepada perkara yang berhasil.
·         Luahkan perasaan anda dengan cara yang kreatif.

petunjuk

Kehidupan kita penuh dengan pengajaran daripada Allah.

Baik!Good.

Dengar BAIK-BAIK!Kawan yang Baik,buatla Baik di bulan yang Baik ,semestinya boleh selesai dengan cara yang Baik,cakaplah dengan Baik, nanti dia terima dengan cara yang Baik,jagalah diri dengan Baik,jangan sesekali buat benda yang tak Baik,takut-takut nanti terima balasan yang tak Baik. Buat Baik akan dapat ganjaran yang Baik,buat tak baik,tak dapat apa-apa ganjaran yang Baik,Allah suka orang yang besikap BAIK..
Pesanan Baik daripada NurSyasya Fizani yang 'Baik',kepada kawan-kawan yang baik dan yang nak jadi baik. INSYAALLAH ADA JALAN TERBAIK :) ♥

-CNYMY-




assalamualaikum kepada bloggers kat alam maya ini. Hari ini sya nak berkongsi cerita tentang CNYMY.

CNYMY ni seorang Cikgu yang bernama Nor Yusziana Mohd Yussof. Beliau seorang guru yang berdedikasi,tegas 'garang la jugak', suka begurau 'ada tempatnya' dan juga baik hati. Beliau banyak tolong syadalam pembelajaran Ekonomi Asas. Beliau telah mendidik ramai pelajar di SMK Paduka Tuan yang semakin meningkat namanya sekolah yang mendapat SPSK 97% (sekolah 5 stars) seterusnya mendapat penawaran baru (new deal). Sekolah sya juga mendapat Anugerah Sekolah Cemerlang kategori Lonjakan Saujana bagi keputusan PMR dan SPM yang meningkat sebayak 20 % keeatas.. Tidak lupa juga peperiksaan STPM yang telah 6 tahun berturut-turut lulus. Sya dan warga SMK Paduka Tuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus lumus menaikkan prestasi sekolah dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada Tuanh Haji Mohamed Kassim bin Abdul Latiff dan para pentadbir SMK Paduka Tuan.

opsss terlebih sudah ! hee :) sambung balik pasal CNYMY. First sya dan kawan sya jumpa cikgu yus pada tahun 2009 di kelas 1 Budi. Banyak kenangan manis dan pahit terpahat di hati sya yang paling membanggakan sya dan kawan dapat A dalam mata pelajaran cikgu yus ajar (bahasa melayu) pada peperiksaan akhit tahun. Tidak lupa jugak kelas sya mendapat kelas terbersih dan terceria secara berturut-turut atas ketegasan dan kretiviti cikgu dalam menghias kelas 1 Budi 2009. Pelajar 1 Budi mendapat berita gembira bahawa kelas 2 Budi dan cikgu yus dinaikkan ke sesi pagi. Apalagi kitaorang gembirala la.. tapi sayang masa tingkatan 2 Budi cikgu yus tak mengajar kami..:(

Pada tahun ni, sya belajar di kelas 4Akaun. Sya mengambil 9 subjek dan salah satunya ialah Ekonomi Asas. Tak sangka pulak cikgu yus yang ajar EA alhamdulillah, saya suka saya suka. Baru-baru ni sya periksa dan dapat A dalam ekonomi asas alhamdulillah.. Tak sangka lagi yang tahun ni, bulan ni, minggu ni, hari ni yang cikgu yus tidak mengajar lagi di SMK Paduka Tuan,kerana berpindah. tak mengajar lagi kelas ekonomi asas 4AC, sedih... :')
semalam cikgu yus ada berucap di perhimpunan, tiba-tiba mutiara jernih sya jatuh menyentuh pipi. Sya tersentuh yang cikgu banyak berpesan agar semua pelajar belajar bersungguh-sungguh. Insyallah sya akan belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Amin.

SYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU YUSZIANA ATAS JASA DAN TUNJUK AJAR CIKGU. SEMOGA CIKGU PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI AMIN . SEKIAN SALAM SAYANG DARIPADA NURSYASYA FIZANI BINTI M HALIZAN.

Seminar bersama imam muda ustaz asyraf. :)

asSalammualaikum, ustaz kata kalau kite nak bagi salam kena bagi salam betul2,baru penjawb salam b0le jawab dengan betul,kalau 0rang lelaki bkn muhrim bagi salam kepada gadis seperti nk mengurat,ex,salam c.adik jawab,lau x jawab d0sa,.hukumnya haram.. Sya nk k0ngsi serba sedikit tentang ceramah yg disampaikan al-fadhil ustaz m0hd asyraf b m0hd ridzuan,imam muda,pada 14hb4 bertempat di k0mpleks islam Iskandar JB, PPIM yg mengadakn,alhmdllah sya dan izyan kwn sya tepilh sebagai wakil sk0la..kat sana semasa ustaz berceramah sya khusyuk la jgk sampai x smpt nk catit sbb terharu mendengar suara ustaz ketika menyampaikan.. Mula-mula ustaz sampaikan tentang aqidah,ustaz tanya siapa aqidah dia kuat angkt tngn,? X ramai yg angkt then ustaz terangkn kita mesti ada aqidah yg kuat dgn mempercayai dan mengingati allah sentiasa bersama ngan kita,.bila kita rancang awl2 benda yg baik insyallah apa yg kita buat itu tercapai, jika kita x yakin dan x rancng ape yg kita nk buat sbaliknya akn terjadi..bersmbung

kain~~

pertama//cantik tak?,
kedua//bentang kain,
ketiga//gunting
keempat//siap gunting macam dah siap tapi belum,belum dijahit.

salam,. sya nak share yg sya da start nak belajar jahit baju, hihi kain ni sya pilih  sendiri untuk dibuat baju kurung kain ni 4m beli kat Nagoya,kat situ banyak warna tapi sya pilih warna pink nie lagipun senang dipadankan dengan pelbagai warna tudung.. sya dah potong kain ni mengikut baju contoh,, hasil guntingan sendiri tau., akhirnya berjaya juga .sya nak jahit baju ni masa petang je kalau-kalau tak ada kerja sekolah,buatlah,. tak sabar juga nak siapkan baju ni dengan hasil tangan sendiri, bila dah siap jahit siaplah sepasang baju kurung syasya, polkadot lagi tu.. nanti lau dah  jadi,cantik dan menarik boleh lah sya pakai untuk majlis perkahwinan mak usu di sebelah lelaki(mintak-mintak sempat).. ok lah sya nak sambung jahit baju kurung nie, doakan sya berjaya hasilkannya dengan bantuan nenek,.

cantik bertudung

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Digalakkan FOLLOW blog Farina .

2. Buat entry Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny

3. Copy banner + FULL ENTRY( bermula dari SYARAT sampai BEST BY ye ) , then paste kat entry korang tuh .

4. Sertakan  gambar ( LENGKAP BERTUDUNG ) yang korang nak pertaruhkan . MAKSIMUM 3 sahaja :)

5. Gambar yang dipertaruhkan menjadi hak farinahunny.blogspot.com sepenuhnya

5. tag 3 orang kawan , pastikan dorang tau .

6. Link entry korang kat ruangan komen ( KALAU PRIVACY BLOG  , takleh buka , AUTOMATIK  batal )

HADIAH-HADIAH :

FIRST PRIZE 
❤ sehelai tudung / selendang 
❤ sebuah buku 
❤ seutas tasbih
❤ brooch
❤ ::: FREE sulam manik kat baju kurung :::

SECOND PRIZE
 ❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ seutas tasbih
❤ brooch

THIRD PRIZE

❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ brooch
 


❤ hihi,, lau ade rezeki ade la,, x cantik sangat laa maaf. :)

Teringat~

Salam,hermm
Sya teringat kat atuk mase makan tadi,tadi sya makan ikan asm pedas,ikan tu banyak gile duri,s0 bile makan kena berhati-hati kena f0kus betul2. Dulu~Ikan tu lau nenek masak asam pedas atuk mesti makan campur ngan sambal tumis sekali,pernah sekali tu atuk ajarkan sya masak sambal tumis untuk dia makan pesan atuk lau masak lada tu tumis lama-lama bagi sampai bersin.,atuk rajin makan sayur sawi masak air,kadang-kadang masa cuti sya selalu masakn atuk sayur air,tanya atuk sedap tak tuk sayur tu,atuk
Jawab ye sedap time tula sukanya bila dipuji..dapat juga atuk merasa sya buat kuih cara yg wana hijau tu 1st time buat kuih.. Sedap la k0t.. Sbenarnye banyak lagi kenangan bile sya teringatkn atk je mesti nk menangis mgkn sya paling bnyk pnglmn ngan atuk sbb duduk 1 rumah. Nt sya entri lagi 0k sama-sama kita sdhkn fatihah.:(

terjumpa sampai x nampak tangga!

haha,,tibe-tibe je terjumpa ngn dia.. mase tu sedang berdiri kat kaki lima nak tunggu ayah amek sya ngan mama,,tunggu dan tunggu terpusing la badan ke belakang tetibe nampak ladia tu masuk kat tempat tu macam kenal, memang kenal pun..heee ape lagi sya senyum je la. x salah lau kite sedekah senyuman walaupun orang tu kite kenal ke tak kenal.. dia sekejap je masuk tempat tu , sya engatkan dia tu lame kat dalam tu so x kesah sangatla,kot kot sya da balek,belum sya balek dia dah keluar then dia berdiri sama baris tapi dalam jarak yang jauh.. sya pikir ayah sya sampai dulu tuk amek sya ngan mama sya,, tapi kawan dia kot yang sampai dulu amek dia ngan kawan dia,. boleh dikatekan bengang dan malu bile nampak dia lambai-lambai sya mase dia dalam kereta tak taulah kot-kot mama sya nampak haha padan muke dia..terima kasih la kat dia kenal sya walaupun sya berpakaian sekolah dan tudung sedang tidak betul. tak lama ayah sya sampai time nak turun tangga tu leka sangat engat pasal tadi sampai boleh dikatekan jatuh tangga nasebla kaki tak ape-ape, just siket je.. apelakan bile da nampak orang yang kite kenal dan jarang berjumpa camgitulah sampai tak nampak ape-ape. so anda bile nampak orang kena berhati-hati, takut tercedera kalau-kalau x perasan ada benda depan kita.. boleh dikatakan pengalaman kot.

semoga berjaya batch 1994. :)

salam, sya nak wish semoga berjaya kepada kakak2 abang2 yang sekarang ni sedang berdebar menunggu keputusan SPM, ,, kakak yang sya rapat ialah kak intan ,kak shahirah nordin,kak sharifah hope korang dapat keputusan cemerlang, AMINN sya doakan... nanti da dapat jangan lupakan sya,, hehe bolehlah belanja membelanja :) ada masa nanti kite jumpa ok!

Hebah h0by!


 contah:khas for kak intan choceqa.blogspot.com

yang ni intan maisarah tempah,diani adik kak intan.

 Salam, hai..entry kali ni hebah h0by yg mane sya suka kumpul duit kertas baru dan buruk pun ada dalam kata lain berjimat-cermat..pantang dapat duit cepat-cepat simpan dalam tabung, sya lagi suka lau 0rang bagi duit daripada mintak nak hadiah apa sebab sya tak tau nak mintak hadiah apa,lau mintak takut tak mampu sebab barang lain sya dah ada kecuali camera yg biasa-biase pun b0leh,sape nak bagi hadiah tu pada sya bagilah hehe tq. lagi 1 lau sya dapat duit,Sya x rajin membelanja,kalau rasa nak beli, bajet nak beli tu je. Herm kawan sya nama dia fatiha ada bagi sya hadiah tabung burger,sya suka hadiah tu dia tau yg mana sya suka simpan duit. Sya juga suka buat duit dulu sya ada jual gula-gula packing yg besar rm1 yg kecil dalam plastik aiskrim rm0.50 sambutan sangat menggalakan kwn sya ramai beli sampai berbungkus-bungkus yg paling banyk izyan la lau b0leh tiap-tiap hari dia nak beli hihi. Besides, sya jual gula-gula packing sya ada amek tempahan tali nama yg mana tali dibalut atas batang aiskrim dan balut mengikut nama yg ditempah,setakat ni paling banyak tempah kawan adek saya la macam-macam nama dia0rang tempah'terima kasih tu adik sebab membantu kembangkan bisnes akk' harga dia berpatutan murah je dalm rm0.70 ke atas,lau bl0gger yg bersek0lah di Dat0' atau smk paduka tuan,segamat nk wat tempahan pun b0leh.contoh diatas. Nk tau lebih lanjut nt sya share di cb0x,facebook.com/syasya.fizani. Thank y0u.see y0u.. :)

Senyum :)

Sy senyum sebab sy gembira ada bl0g sechumel ini bl0g ni direka 0leh pereka terkenal iaini bel0ved sister sy Intan Zulaikha @ Cik intan..Sy yg mintak t0l0ng dia sementara dy ade mase free. Ternyata dia sangat memahami citarasa sy. She als0 has beautiful bl0g dec0rated by she. Singgah la di bl0g dia choceqa.blogspot.com
Bl0g yg bnyk cerita dan menarik perhatian kita.
S0,ape lagi meh la sama-sama kita f0ll0w m' f0ll0w 0k. See y0u!
 

© Intan Z 2012-2013